Skip to main content

Posts

Showing posts with the label buku

Langkah - langkah bagaimana hendak memasarkan buku cetakan anda sendiri

Di sini saya ingin kongsikan langkah- langkah bagaimana hendak memasarkan buku cetakan anda sendiri yang ingin memasarkan buku anda sendiri. Mungkin kerana anda ingin mencuba dan untuk mendapat memaksimakan keuntungan jualan buku berbanding penerbit buku yang uruskan, anda boleh gunakan kaedah di  bawah. Di sini saya ingin bahagikan kepada 3 fasa (3P) utama iaitu : 1. Fasa Pembikinan 2. Fasa Promosi 3. Fasa Selepas Pelancaran PERTAMA : FASA PEMBIKINAN Untuk fasa pembikinan saya hanya huraikan dari segi pelaksanaan. Secara ringkas anda mempunyai pengalaman atau ilmu dalam sesuatu bidang. Kemudian anda kembangkan dalam bentuk penulisan. Jika buku travelog anda boleh mengikut tarikh atau tajuk-tajuk kecil. Jika tajuk pengalaman atau ilmu akademik biasa berdasarkan tajuk-tajuk kecil. Dari tajuk-tajuk kecil anda mempunyai idea untuk menulis. 1. Manuskrip Untuk menghasilkan buku dan siap dalam masa 3 bulan ke 6 bulan, anda perlu konsisten menulis sehari sekurang-kurangnya 1000