Skip to main content

Posts

Showing posts with the label Travel Blog

Dialog Pemuda Malaysia Indonesia (MALINDO) 2016

Laporan  Wakil MYHA di Dialog Pemuda Malaysia Indonesia (MALINDO) 2016 Di Batam Indonesia. Pada 5 - 7 Ogos 2016 seramai 24 peserta dialog terdiri dari pelbagai persatuan diantaranya Gerakan Belia 45, PKPIM, Pengakap dan juga wakil Majlis Belia Negeri Selangor, Negeri Sembilan, Johor dan Wilayah Persekutuan. Dari MYHA diwakili oleh saudara Mohd Faiz bin Mohd Zin (SUA Kebangsaan) dan Abdul Muiz Misri (Exco Kebangsaan). Antara perkara yang dibincangkan : Dialog 1 : Regionalisasi dan Globalisasi Ekonomi, Tantangan, Peluang, dan Posisi Pemuda Indonesia Malaysia Dialog 2 : Indonesia - Malaysia dalam Rajutan Sejarah dan Budaya Nusantara, Modal Sosial Mengokoh Dialog 3 :  Menumbuhkembang Kepemudaan Indonesia Indonesia dan Malaysia dalam Rangka Menjaga Stabilitas Lintas Udara. Dialog 4 : Pemuda Malindoa, Membangun Strategi Kebudayaan dan Merawat Tradisi Berlanjutan Dialog 5 : Peranan Pemuda dalam Pemberatasan NARKOBA Lintas Negara. Di pihak MYHA saudara Mohd Faiz telah berko

Malam Yang Indah di Jakarta

Sebenarnya kedatangan gua ke di Jakarta ini adalah untuk melihat perusahaan kain-kain dan pakaian di Tanah Abang. Sahaja tengok-tengok sambil buat kajian ringkas berdasarkan harga dan logistik.  Melalui pemerhatian aku memang murah harganya kerana di situ menjadi pusat jualan secara pukal di mana segala perusahaan di seluruh Indonesia akan dijual disitu. Gua tidak amik gambar kerana sibuk melihat apa yg berlaku di sekeliling dan juga sebagai keselamatan gua supaya tidak kelihatan sebagai pelancong. Malam itu aku jalan-jalan di sekitar bandar Jakarta di Monas dan juga makan nasi kambing. Rasa kambing di sana berbeza di Malaysia entah aku rasa lain pada hal daging kambing juga mungkin cara masakan yang berbeza. Tetapi semasa aku baru sampai di Jakarta aku dipelawa makan di restoran Indonesia di pusat membeli belah Grand Indonesia memang sedap. Mungkin  jika di dalam mall kualiti dia terjaga tetapi pasti harganya berbeza berbanding harga makan di tepi jalan. Jangan terkejut jika

Mamee Jonker House

Siapa tidak kenal Mamee? Pasti semua kenal mamee kerana sejak kecil lagi kerana pasti kita membeli makanan ringan apabila pulang dari sekolah atau apabila kita singgah kedai runcit pasti kita nak beli jajan atau makanan ringan. Harga pun yang saya ingat 30 sen ketika zaman sekolah , sekarang tidak pasti harga Mamee berapa. Serba ringkas tentang sejarah Mamee, sebelum saya hanya tahu Mamee ini dari Melaka sahaja dan apabila melepasi tol ke Ayer Keroh pasti akan melalui jalan yang akan melepasi Kilang Mamee yang tersergam indah dan iklan pelbagai produk Mamee. Untuk pengetahuan anda mamee adalah produk Malaysia oleh itu kita harus berbangga dengan produk Malaysia ini . Mamee telah memula operasi pada tahun 1972 oleh pengasasnya iaitu Datuk Pang Chin Hin di Ayer Keroh, Melaka. Sekarang produk Mamee telah berada di beberapa negara ASEAN , Australia dan lain-lain negara lagi. Bagi mendekatkan dengan masyarakat bagi tujuan kesedaran (Awareness Program) Mamee telah memperkenal nama