Sebenarnya aku tidak tahu apa yang patut aku tulis, hanya aku dapat sampaikan rasa simpati aku kepada keluarga mangsa. Jika perkara ini berlaku pada kita pasti segala jiwa dan raga kita menjadi luluh dan tidak maya menerima dugaan yang besar. Hanya kita berserah kepada Allah dan menerima segala qadak dan qadar ini. Sebagai rakyat Malaysia, aku rasa ini lah cabaran dan dugaan rakyat Malaysia akan hadapi. Kita tidak pasti apakah akan berlaku lagi dugaan sebegini . Pada tahun ini sahaja sudah berlaku 2 kejadian yang melibatkan kapal Malaysia dan kapal MH370 masih belum dapat dikesan. Sebelum itu Malaysia diuji pada tahun 2013 dengan pencerobohan pengganas di Lahad Datu, Sabah yang menyebabkan beberapa rakyat Malaysia terkoban. Aku cuba membuat perbandingan dengan negara Indonesia dan Japan. Adakah kita tabah dan cekal seperti orang Jepun dan orang Indonesia yang mana mereka selalu menerima dugaan gempa bumi dan tsunami sehingga meragut nyawa dan memusnahkan segala-segalanya
Youth Activist | Bloggerpreneur | Traveler | Real Estate Negotiator