Proses permohonan penukaran Hakmilik Sementara (QT) kepada Hakmilik Tetap (FT) akan diuruskan oleh Unit Flying Squad. Pemilik mana-mana tanah bermilik yang dipegang di bawah hakmilik sementara yang telah diukur dengan sempurnanya dan pelan yang diperakui telah diluluskan oleh Pengarah Ukur, boleh mengemukakan permohonan ke Unit Pendaftaran, Pejabat Tanah dan Daerah yang berkaitan.
Selepas permohonan daripada Pentadbir Tanah ke atas Pendaftaran Hakmilik Tetap (QTFT) terutamanya hakmilik pendaftar iaitu H.S(D) kepada Geran (GRN) atau Pajakan Negeri (PN) diproses dan didaftarkan, pemilik atau pemohon atau pemegang gadaian (bank atau agensi kewangan) atau pihak berkepentingan bolehlah membuat semakan terlebih dahulu samaada hakmilik sambungan tersebut boleh dipungut di Pejabat Tanah dan Galian Selangor atau telah dihantar ke Pejabat Tanah dan Daerah.
Jika hakmilik mukim iaitu HS(M) kepada Geran Mukim (GM) atau Pajakan Mukim (PM), pemohon hendaklah berhubung terus ke Unit Pendaftaran, Pejabat Tanah dan Daerah berkaitan. Bagi hakmilik pendaftar, pemohon boleh membuat semakan melalui telefon ditalian 03-5544 7154/ 7510/ 7517 atau ke Unit QTFT, Pejabat Tanah dan Galian Selangor Seksyen Pasukan Petugas Khas di Tingkat 2, Bangunan SSAAS seterusnya tarikh dan borang temujanji akan diberikan sebelum membuat pungutan.
Berikut adalah senarai semak yang diperlukan ketika berurusan:
- Hakmilik dahulu (HSD/HSM) yang asal
- Salinan resit cukai tanah tahun semasa yang telah dijelaskan
- 2 salinan kad pengenalan pemungut
- Surat kebenaran tuan tanah berdaftar jika diambil oleh wakil atau tuan tanah melebihi seorang
- Sekiranya tanah ini digadai, hanya wakil pemegang gadaian yang boleh mengambilnya dan perlu sertakan surat kebenaran dari pemegang gadaian
- Cop syarikat/agensi/pertubuhan/Badan Berkanun (jika berkaitan)
- Sijil Kematian atau dokumen berkaitan sekiranya pemilik telah meninggal dunia
- Bayaran Notis Borang 5F sebanyak RM20.00
P.S : Untuk Listing Rumah Boleh Rujuk Di Link di bawah : here
Dan jika anda suka post blog ini, sila pertimbangkan untuk berkongsinya di Facebook atau Twitter di bawah