Kenapa Pentingnya Viewing Rumah

Kenapa Pentingnya Viewing

Bulan lepas dapat message dari co partner di mana dia ada buyer yang berminat dengan unit Apartment Seroja Setia Alam
Apartment Seroja Setia Alam antara apartment kos rendah yang sering menjadi bualan orang kerana harga dan lokasi yang menarik. Mana taknya tak sampai 5 minit dah sampai Setia City Mall.

Lokasinya juga dekat besar dan terletak di tengah2 antara Meru dan Bukit Raja Klang. Boleh kata kawasan yang membangun lah . Nak duduk boleh nak invest pun ok kerana mudah dapat penyewa.
Setelah saya sampai apartment tersebut, rupanya saya tersalah blok nasib baik datang awal. Itu sebabnya penting agen datang awal 30 minit.

Datang lah buyer tersebut. Bila dah view rumah tersebut buyer tengok sepenuh hati dan ambil gambar. Bila masa nak close ni saya tanya bagaimana dengan rumah ni? Ok cuma tinggi.
Jelas buyer itu lagi "saya tak sangka tinggi mcm ni rupanya". Walhal paling tinggi di Apt Seroja tingkat 5. Saya mula susun ayat untuk memahami kehendak buyer itu sebenarnya.

Bagi saya kalau budget bawah apt kos rendah RM 200k, apt 5 tingkat boleh dipertimbangkan kerana tenang dan aman. Selain itu senang untuk dapat parking. Bonus jika ada guard.
Berbalik cerita buyer tersebut, buyer tu terus terang mmg di serius nak beli, kami pun serius nak jual  rumah hehehe. Budget RM250k , kalau tiada lif nak low level. 

Buyer cakap saya selalu balik lewat malam jadi saya risau jika naik tangga sorang2 lagi tingkat atas sekali. (Ini soal keselamatan). Buyer ni available pun hari minggu untuk viewing di hari siang.
Ok bila dan tahu 'Keperluan Buyer' atau 'Preference Buyer' , saya minta co partner untuk hubungi agent lain utk unit Seroja untuk tingkat bawah dan Apartment Service jika ada owner yg jual murah giler RM250k ke bawah.

Untuk apartment service di Setia Alam average adalah berharga RM300K yang ada kemudahan swimming pool. So saya minta partner agen untuk contact agen owner unit tersebut yang saya cadangkan.

Walaupun buyer itu tidak berminat dengan unit saya, sekurang-kurang dapat berjumpa untuk view pun satu rahmat bagi saya.

Nak beli rumah atau nak jual rumah?

Boleh contact saya. Sebab sekarang ni interested rate bank tengah murah. 
Atau nak buat part time sebagai Perunding Hartanah boleh.

Muiz Misri
012 - 6944380 (Call/Sms/WhatsApp)
Whatsapp: www.wasap.my/60126944380/seksyen17
REN36818
Nilai Harta Consultant Sdn Bhd

P.S : I'd love to meet you on Twitter : here

And if you enjoy this post, please consider sharing it on Facebook or Twitter below



Powered by Blogger.