3 Inisiatif Pelan Jana Semula Negara (PENJANA) Untuk Sektor Hartanah.




Baru-baru ini Perdana Menteri Malaysia Tan Sri muhyiddin telah beberapa insentif di dalam Pelan Jana Semula Negara (PENJANA) bagi menambahkan lagi pakej ransangan dalam memulihkan ekonomi negara akibat wabak Covid19. 

Untuk inisiatif kali ini kerajaan telah mengumum beberapa ini inisiatif dalam pelbagai sektor dan untuk sektor hartanah kerajaan telah mengumumkan 3 inisiatif baru untuk meransangkan semula industri hartanah yang sebelum ini agak perlahan. 

Yang PERTAMA adalah pengenalan semula KEMPEN PEMILIKAN RUMAH (HOC) atau House Ownership Campaign yang sebelum ini telah dilancarkan pada tahun 2019. Oleh itu kemungkinan syarat yang sama digunakan pakai semula untuk PENJANA iaitu

*HOC 2019 hanya sah untuk hartanah yang dijual bermula 1 Jun 2020 sehingga 31 Mei 2021. Ia terbuka kepada semua warganegara Malaysia, di mana setiap individu layak untuk membeli lebih daripada 1 unit.

*Hanya hartanah kediaman dalam pasaran utama atau”primary property” layak untuk pengecualian dan insentif di bawah program ini. Ini bermakna penjualan sesuatu hartanah itu mestilah di antara pemaju dan pembeli.

*Rumah dalam pasaran sekunder atau pasaran hartanah sub-sale, seperti yang dibeli daripada rakan, ahli keluarga atau sesiapa orang lain yang sebelum ini membeli rumah daripada pihak pemaju tidak layak untuk kempen HOC ini.

*Hartanah yang dijual di Semenanjung Malaysia mestilah berdaftar dengan REHDA Malaysia. Hartanah di Sabah dan Sarawak mesti berdaftar dengan Persatuan Pemaju Perumahan dan Hartanah Sabah (SHAREDA) dan Persatuan Pemaju Perumahan dan Hartanah Sarawak (SHEDA).

*Kediaman servis hanyalah untuk kegunaan kediaman sahaja dan tidak boleh diubahpakai untuk aktiviti komersil.

Apa faedah kepada kita untuk insentif PERTAMA 

1. Pengecualian duti setem  memorandum tukar hak milik (MOT) untuk rumah yang berharga antara RM 300,001 hingga RM2.5 juta. Rumah yang berharga kurang daripada RM 300,000 tidak layak untuk pengecualian. Namun terhad kepada RM1 Juta pertama.

2. Pengecualian duti setem Perjanjian Pinjaman Perumahan

Contoh : 
a) Jika rumah itu berharga RM300k 
Duti Setem MOT adalah RM5000
Duti Setem Perjanjian Pinjaman adalah RM 1,500

RM 5000 dan RM1500 telah dikecualikan dari bayaran proses pembelian rumah manakala 

b) Bagi rumah yang berharga RM 2 Juta
Duti Setem MOT adalah RM64,000. Tetapi anda hanya perlu bayar adalah RM32,000 kerana duti setem dikenakan ke atas jumlah baki selepas RM1 juta

Duti Setem Perjanjian Pinjaman adalah RM 10,000  tidak perlu bayar. 

Anda hanya perlu bayar RM32,000 sahaja kerana bagi Duti Setem perjanjian yang dikecualikan adalah sepenuhnya.

3. Pembeli rumah akan menikmati diskaun tambahan 10% pada harga pembelian. Pemaju hartanah perlu menawarkan sekurang-kurangnya diskaun 10% untuk projek kediaman mereka bagi mendaftarkan projek perumahan mereka di bawah HOC. Diskaun diberikan berdasarkan harga permit iklan dan jualan (APDL) yang diluluskan dan harus dipaparkan dalam SPA. Bagi hartanah di mana APDL tidak lagi sah (untuk projek yang telah memperoleh CCC), diskaun 10% adalah berdasarkan harga jualan.

Yang KEDUA adalah Pengecualian CUKAI KEUNTUNGAN HARTA TANAH (RPGT) untuk :
1. Warga Malaysia
2. Hartanah berstatus kediaman
3. Bermula bermula 1 Jun 2020 sehingga 31 Disember 2021
4. Maksimun untuk dikecualikan cukai adalah untuk 3 unit bagi setiap individu.

di sini saya melihat peluang untuk pelabur hartanah untuk membeli dan menjual untuk membuat keuntungan yang cepat dalam masa setahun setengah.



Dan yang KETIGA adalah Had Pembiayaan bagi rumah Ke 3 dan seterusnya bernilai RM600,00 ke atas tidak tertakluk kepada syarat pinjaman 70% sahaja. Ini bermaksud pembeli boleh meminjam 80%, 90% atau 100% pinjaman perumahan. Namun ia tertakluk kepada kelayakan kewangan peminjam (scoring) mengikut syarat-syarat bank.

Walaupun inisiatif ini telah dilancarkan namun masih belum diwartakan lagi dan banyak bank dan pihak yang berkaitan masih dalam proses untuk mendapat maklumat lengkap berkaitan dengan inisiatif ini. Untuk mendapat info yang lebih tepat  dan terkini anda boleh rujuk bank, peguam atau agen hartanah


P.S : I'd love to meet you on Twitter : here

And if you enjoy this post, please consider sharing it on Facebook or Twitter below
Powered by Blogger.