Skip to main content

Langkah - langkah bagaimana hendak memasarkan buku cetakan anda sendiri

Di sini saya ingin kongsikan langkah- langkah bagaimana hendak memasarkan buku cetakan anda sendiri yang ingin memasarkan buku anda sendiri. Mungkin kerana anda ingin mencuba dan untuk mendapat memaksimakan keuntungan jualan buku berbanding penerbit buku yang uruskan, anda boleh gunakan kaedah di  bawah.

Di sini saya ingin bahagikan kepada 3 fasa (3P) utama iaitu :

1. Fasa Pembikinan
2. Fasa Promosi
3. Fasa Selepas Pelancaran

PERTAMA : FASA PEMBIKINAN

Untuk fasa pembikinan saya hanya huraikan dari segi pelaksanaan. Secara ringkas anda mempunyai pengalaman atau ilmu dalam sesuatu bidang. Kemudian anda kembangkan dalam bentuk penulisan. Jika buku travelog anda boleh mengikut tarikh atau tajuk-tajuk kecil. Jika tajuk pengalaman atau ilmu akademik biasa berdasarkan tajuk-tajuk kecil. Dari tajuk-tajuk kecil anda mempunyai idea untuk menulis.

1. Manuskrip
Untuk menghasilkan buku dan siap dalam masa 3 bulan ke 6 bulan, anda perlu konsisten menulis sehari sekurang-kurangnya 1000 patah perkataan.

Selepas anda sudah menulis, buat pemeriksaan bahasa dan ejaan sekurang-kurangnya 3 kali. Jika ada wang lebih boleh gunakan khidmat profesional proofreading. Jika tiada mungkin anda boleh meminta bantuan adik-beradik anda.

2. Tajuk - Pemilihan Tajuk
Pemilihan tajuk buku mestilah menarik orang untuk membeli. Setiap penulis perlu memberikan antara 10 hingga 20 contoh tajuk buku. Kemudian buat pilihan yang terbaik antara contoh tersebut.

3. Sipnosis atau blub
Sipnosis buku adalah perkara yang paling penting kepada bakal pembaca atau pembeli. Sipnosis buku menceritakan secara ringkas tentang buku dan juga penulis buku yang terletak di belakang kulit buku. Ada sesetangah buku mempunyai testimonial pada belakang kulit buku.

4. Design Kulit Buku
Trend sekarang lebih gambar yang ringkas dan ayat yang tepat dengan kata-kata hikmah. Di sini gunakan gambar anda yang ada yang paling cantik atau unik. Kemudian cuba pilih 5 yang terbaik.

KEDUA : FASA PROMOSI 

Di dalam fasa promosi ini saya bahagikan 3 perkara iaitu :
a) Media Sosial
b) Blog/Website
c) Promo - Pre Order


A) Media Sosial



Jika anda bukan insan yang terkenal dalam sesuatu bidang atau orang memang tidak kenal tiba-tiba hendak jadi penulis. Sudah sampai masanya anda kongsikan sebahagian isi kandungan buku anda mengikut cara anda tersendiri secara ringkas. Ini adalah langkah sebagai personal branding untuk orang mengenali anda secara tidak lansung akan membeli buku anda. Zaman sekarang populariti penulis juga menjadi faktor kepada penjualan buku.

Gunakan Facebook, twitter dan instagram untuk berkongsi ilmu, pengalaman atau perkara-perkara yang anda tulis dalam buku.

Post anda sekurang-kurangnya adalah 2 perenggan dan mempunyai gambar yang menarik.

1.) Watermark /logo Promo Buku
Kemudian di post anda disertakan gambar yang menarik dan unik. Apabila anda sudah pilih tajuk buku dan kulit buku, di dalam gambar boleh letakkan tajuk gambar dan kulit buku anda sebagai watermark.

2.) Gambar Promo.
Sesekali anda updatekan teaser berbentuk gambar promo buku anda untuk memberitahu kepada follower anda bahawa anda bakal mengeluarkan  buku untuk dikongsikan di dalam media sosial



3.) Siri Promo Kandungan Cerita
Siri promo ini bermaksud anda membuat perancangan di dalam media sosial seperti minggu pertama anda hendak kongsi tentang A kemudian disusuli tentang B dan seterusnya. Kemudian publisher mengikut masa yang sesuai seperti semasa lunch hour, jam 4 ke atas dan waktu malam.

4.) Infographic
Sebenarnya bukanlah wajib ada tentang infographic tetapi lebih kepada personal branding untuk anda dan buku anda. Jika anda dapat menghasil infographic ini menjadi nilai tambah kepada buku anda di mana follower anda mengetahui perjalanan atau kisah anda menghasilkan buku.

5.) Video promo
Video promo ini lebih kepada montage buku yang bakar keluarkan. Fokus utama dalam menghasilkan video promo ini adalah mengapa saya perlu beli buku anda atau apa faedah yang saya bakal perolehi dengan membaca buku anda?

6.) Vlog
Vlog ini adalah sesuai untuk penulis buku berkaitan apa sahaja. Tujuan vlog ini adalah selain dari berkongsikan tentang pengalaman anda ia juga satu medium penting untuk mengumpul follower melalui Youtube.


B) Blog dan Website Rasmi


Biasanya website adalah berbentuk format landing page seperti di http://malaysiabackpackers.com/indochina/ . Ia hanya mempunyai satu pagei sahaja. Di dalam website juga boleh diletakkan satu ruang blog untuk anda kongsi berkaitan cerita-cerita di dalam buku anda.

Cerita-cerita yang sama juga boleh dikongsikan di facebook seperti dalam Siri Promo Kandungan Cerita. Kenapa ia bagi memudahkan orang mengenali anda melalui pencarian di Goolge.

Sebagai langkah permulaan anda, website anda boleh digunakan sebagai Pre-Order untuk buku anda.

C) Promo

1) Diskaun
Untuk Pre-Order anda boleh bagi diskaun atau harga istemewa untuk tempahan awal. Di situ kita boleh tahu berapa orang yang akan membeli buku kita dan memudahkan kita untuk mencetak buku.

2) 1/3 cerita adalah dalam bentuk ebook
Dengan memberikan ebook kepada follower anda secara percuma secara tidak lansung boleh menarik minat bakal pembeli buku anda. Selain itu anda boleh gunakan teknik ini untuk mengumpul data base pembaca dengam meminta email mereka.

Melalui email mereka, anda boleh menghebahkan pelancaran buku atau buku sudah boleh dibeli secara online atau fizikal.

3.) Jualan Buku di festival buku.
Jika ingin menjual di festival buku yang besar mungkin kosnya agak tinggi atau anda perlu bergabung dengan penerbit buku kecil atau komuniti self publisher untuk berkongsi bayaran.

Terdapat banyak festival di universiti, sekolah dan lain-lain yang boleh anda sertai kerana ini adalah salah satu peluang ada mendekatkan diri kepada pembaca anda.

4.) Testimonial
Testimonial pembaca amat penting untuk membantu anda dalam penjualan buku. Dapat testimoni secara video atau bertulis supaya anda boleh kongsikan di medial sosial dan website buku anda.

5.) Pelancaran
Fasa pelancaran ini juga salah perkara penting untuk mendekatkan anda kepada pembaca anda. Selain itu anda boleh menjemput VIP untuk merasmikan buku pelancaran anda. Melalui majlis buku pelancaran anda boleh juga memberikan gift seperti pen, penanda buku dan lain-lain mengikut bajet anda.

Semasa pelancaran juga sesi bersama penulis dan tandatangan buku wajib diadakan.

Sumber gambar http://hulukelang.com/

KETIGA : FASA SELEPAS PELANCARAN

1. Dapatkan sebanyak yang boleh testimoni melalui text, gambar pembaca dan video testimoni oleh pembaca.

2. Dapatkan kata-kata hikmah/pujian/komen ikhlas dari pembaca untuk editing gambar testimoni, website dan juga juga blog post. Selain itu boleh dikongsikan di media sosial.

3. Press Release untuk diberikan kepada media seperti blogger untuk blogger membuat review buku anda. Review buku salah satu faktor yang akan mempengaruhi bakal pembaca buku anda. Untuk permulaan dapat 10 blogger yang menulis tentang buku anda.

4. Bertukar buku dengan penulis lain dan juga tolong mempromosikan buku penulis lain. Secara tidak lansung dikalangan penulis lain akan turut mempromosikan buku anda dikalangan follower mereka.

Dalam setiap post sama di media sosial dan juga blog pastikan diakhiri dengan Call Action iaitu untuk pembelian sila hubungi no 83xxx. Atau untuk dapatkan ebook percuma sila suscribe atau emailkan anda di sini.

Saya harap dengan Langkah- langkah bagaimana hendak memasarkan buku cetakan anda sendiri yang saya kongsikan ini dapat membantu anda bagaimaa hendak mempromosikan buku anda. Semoga anda berjaya menghasilkan buku dan seterusnya menjadi best saller



P.S : I'd love to meet you on Twitter : here

And if you enjoy this post, please consider sharing it on Facebook or Twitter below

Popular posts from this blog

Kasut Footlink Disyorkan oleh DRKasut Membantu Memperbetulkan Postur Badan Dalam Masa 3 Bulan

Kasut Footlink Yang Disyorkan oleh DRKasut Membantu Memperbetulkan Postur Badan Saya Dalam Masa 3 Bulan Sebelum ini saya memang tidak tahu pun ada kasut kasihatan yang boleh memperbetulkan tulang postur. Apabila bertemu dengan pakar kasut kesihatan dari @drkasut iaitu Puan Zawati Ahmad melihat ada masalah dengan postur badan atau 'FORWARD HEAD' Oleh itu beliau mengsyorkan beberapa jenis kasut yang sesuai untuk saya. Saya mencuba beberapa jenis kasut dan selipar dan akhirnya saya memilih kasut sukan dan selipar kerana selipar adalah untuk kegunaan harian saya. Semasa pemilihan kasut, saya ada bertanya tentang kualiti berbanding jenama yang lain. Pn Wati menyatakan perbezaan itu dapat kita rasa apabila kita memakai kedua-dua jenama di mana mengikut sesetangah pengguna menyatakan Footlink lebih selesa dan mengikut bentuk tapak kaki berbanding jenama lain. Selain itu Pn Wati ada menyatakan Footlink antara perintis awal yang mengeluarkan kasut kesihatan. Pert

Aku rindu ...

Sebenarnya gua tidak rindu pada sesiapa pun hatta pada manusia sebaliknya gua rindu pada zaman awal-awal gua bergiat dalam dunia blogging. Aku akan cuba luangkan 30 minit setiap hari untuk tulis apa sahaja aku rasa dan apa yang gua nampak. Selalunya gua akan update selepas waktu bekerja kerana itu sahaja masa yang gua ada. Ketika itu gua tenang kerana gua dapat luahkan perasaan gua melalui penulisan dan sesekali gua ada masukkan hal-hal politik. Dunia politik gua tidak dapat lari kerana gua sendiri minat dengan hal-hal politik di samping rakan-rakan gua ada yang terlibat dalam politik. Secara tidak lansung sumber-sumber maklumat gua dapat terus ke hp gua. MUIZMISRI.COM vs MALAYSIABACKPACKERS.COM Selain dari blog peribadi gua ada 'travel blog' iaitu www.malaysiabackpackers.com  dan sebenarnya gua yang tidak pasti mana satu yang terawal travel blog atau blog peribadi tetapi gua dapat rasakan 'travel blog' gua ada yang terawal mengikut firasat gua. Post terawal gu

YOUNG MALAYSIAN ENTREPRENEURS OPEN UK'S FIRST TUTTI FRUTTI OUTLET

The world's largest frozen yogurt retail chain Tutti Frutti opened in the United Kingdom on Friday. The first flagship store in London's Covent Garden is owned by a group of young Malaysian entrepreneurs. London's first Tutti Frutti outlet was officially opened on Friday by Lord Powell who had served former British Prime Minister Margaret Thatcher. The idea to open the frozen yoghurt store there was conceived by 19-year-old Amanda Nasim, who's in her final year studying Finance and Economics at York University. She had pitched her proposal to Jay Kim, the founder of the frozen yoghurt retail chain at the Tutti Frutti International Convention in Los Angeles early this year on obtaining the master license to open a franchise in the UK."I gave a presentation on how we would do well in the UK, which locations we'll have and thats how they agreed. I think he saw that I had the energy, I proofed to him that even without an initial plan, that I can do it. You&