Sebagai bekas peserta Program Pertukaran Kapal Belia Asia Tenggara Jepun 2010 (SSEAYP) menjadi tanggunjawab saya untuk menyumbang masa dan tenaga dalam membantu persiapan adik-adik untuk tahun ini. Antara faktor-faktor seperti kewangan memberi sedikit sebanyak tekanan untuk mereka melakukan persiapan.
Ada beberapa bekas peserta telah menyumbang sebilang wang untuk adik-adik ini untuk membeli baju batik dan juga lain-lain persiapan. Dengan dana yang sedikit dari Kementerian Belia dan Sukan Malaysia tidak mematahkan adik-adik terus melakukan persiapan terbaik demi negara Malaysia.
Apa pun syabas kerana mereka telah melakukan yang terbaik walapun pada mulanya ada yang sakit kaki, tidak sihat dan pelbagai dugaan lagi.
Semoga mereka mengharumkan nama negara di semasa program ini berlansung.
P.S : I'd love to meet you on Twitter : here
And if you enjoy this post, please consider sharing it on Facebook or Twitter below