Skip to main content

Posts

Showing posts from November, 2016

Mesyuarat Komiti Eksekutif Asian Youth Coucil 2016

November 4, Mesyuarat ini diadakan adalah untuk mendapat laporan dari wakil gabungan dalam dalam pelaksanaan aktiviti yang telah dilaksanan sepanjang tahun 2016.  Selain itu perbincangan tentang hal-hal dalaman Majlis Belia Asia dalam memastikan kelansung Majlis Belia Asia (AYC) ini terus maju ke hadapan. Untuk memastikan AYC mendapat pengiktirafan oleh badan kerajaan, AYC telah menggariskan syarat untuk menjadi ahli gabungan mestilah dari pertubuhan belia yang diiktiraf oleh kerajaan masing-masing. Bagi memastikan AYC terus maju kehadapan, AYC telah merangka beberapa program yang bakal dilaksanakan pada tahun hadapan . Kemungkin Asian Youth Forum akan berlansung di Beijing. So nantikan makluman di Facebook. P.S : I'd love to meet you on Twitter : here And if you enjoy this post, please consider sharing it on Facebook or Twitter below

Mesyuarat SDG oleh Biro Pembangunan Lestari Majlis Belia Malaysia

Oktober 31, Mesyuarat santai di antara Biro Pembangunan Lestari Majlis Belia Malaysia  (MBM) dan Institute of Strategic and International Studies (ISIS) adalah untuk melihat bagaiman Majlis Belia Malaysia boleh memaikan peranan dalam Sustainable Developmeny Goal (SDG) berdasarkan 17 Sasaran United Nation . Oleh yang demikian pihak ISIS ingin bekerja sama dengan MBM dalam melihat aktiviti yang dilaksanakan oleh MBM dan badan gabungan adakah mencapai sasaran atan menepati di antara 17 Sasaran United Nation. Dr Denison Jayasooria selaku pihak yang bertanggungjawab dalam SDG di ISIS akan memastikan aktiviti di Malaysia sama ada pihak MBM atau NGO menepati penarafan SDG. P.S : I'd love to meet you on Twitter : here And if you enjoy this post, please consider sharing it on Facebook or Twitter below

Lawatan Rasmi Jawatankuasa Perpaduan Majlis Belia Malaysia Ke Jabatan Perpaduan Negara

November 1, Lawatan Rasmi Jawatankuasa Perpaduan Majlis Belia Malaysia Ke Jabatan Perpaduan dan Intergrasi Nasional adalah bertujuan untuk berjumpa Tan Sri Datuk Seri Panglima Joseph Kurup dalam memberi cadangan dan pelaksanaan aktiviti perpaduan di kalangan belia. Tan Sri ambil maklum akan perkara itu dan mengharapkan jalinan kerjasama dapat dilakukan antara kedua-dua pihak demi perpaduan negara kerana belia memainkan peranan penting dalam perpaduan negara. P.S : I'd love to meet you on Twitter : here And if you enjoy this post, please consider sharing it on Facebook or Twitter below

MPBN 2016 Memberi Sinar Harapan untuk Golongan Belia Menyuarakan Pandangan

November 3, Majlis Perudingan Belia Negara (MPBN) adalah medan terbaik untuk belia menyuarakan pandangan dan cadangan terus kepada agensi kerajaan yang terlibat. Daripada kita terus menghentam tanpa bukti yang sahih apasalahnya kita gunakan platform ini melalui persatuan belia untuk menyuarakan rasa tidak puashati terus kepada agensi kerajaan. Tetapi bukan sekadar cakap sahaja tetapi mestilah berdasarkan fakta, bukti atau contoh untuk kita melontarkan padangan kepada agensi kerajaan. Sebagai pemerhati dalam MPBN kali ini banyak perkara sebenarnya agensi kerajaan yang banyak membantu golongan belia namun ada banyak perkara yang boleh diperbaiki dengan usahasama persatuan belia sebagai strategik partnership. Untuk pengetahuan anda Majlis Perundingan Belia Negara merupakan BADAN PERUNDINGAN TERTINGGI BELIA NEGARA. Ia merupakan platform formal dan terbaik untuk pemimpin belia berbincang berunding berdebat dan tawar menawar dengan pihak Kerajaan dan agensinya berkaitan pembangunan bel

MAPY 2016 Berlayar dengan jayanya dalam SSEAYP 2016

Sebagai bekas peserta Program Pertukaran Kapal  Belia Asia Tenggara Jepun 2010 (SSEAYP) menjadi tanggunjawab saya untuk menyumbang masa dan tenaga dalam membantu persiapan adik-adik untuk tahun ini. Antara faktor-faktor seperti kewangan memberi sedikit sebanyak tekanan untuk mereka melakukan persiapan. Ada beberapa bekas peserta telah menyumbang sebilang wang untuk adik-adik ini untuk membeli baju batik dan juga lain-lain persiapan. Dengan dana yang sedikit dari Kementerian Belia dan Sukan Malaysia tidak mematahkan adik-adik terus melakukan persiapan terbaik demi negara Malaysia. Apa pun syabas kerana mereka telah melakukan yang terbaik walapun pada mulanya ada yang sakit kaki, tidak sihat dan pelbagai dugaan lagi. Semoga mereka mengharumkan nama negara di semasa program ini berlansung. A photo posted by Muiz Misri (@muizwanderlust) on Oct 22, 2016 at 7:17pm PDT A photo posted by Muiz Misri (@muizwanderlust) on Oct 23, 2016 at 10:15pm PDT