Skip to main content

Elak Berkahwin Dengan Awek Kaki Melancong

Ada betul  ke dengan fakta dibawah?
Semakin ramai wanita berkerjaya, semakin tinggi pula keinginan mereka untuk melancong.
Terima kasih kepada penerbangan tambang murah seperti AirAsia, wanita begini sudah mula terbuka matanya. Soalnya sekarang, seronokkah berkahwin dengan si dia yang ketagih melancong?

Walaupun kami menggalakkan anda bercuti, berikut adalah 7 sebab mengapa anda perlu mengelak berkahwin dengan awek yang gila melancong.
1. Dia tidak kisah dengan penampilan
Bila dia ke tempat kerja, dia bersolek ala kadar. Di rumah, dia selesa dengan baju kelawar 3 tahun dulu yang koyak di ketiak.
Di jalanan dia sudah biasa berbaju T tidak bergosok dan berseluar jeans lusuh. Rambutnya yang tidak bersikat disembunyikan di sebalik anak tudung.
Kebanyakan wanita sebegini hanya wangi dan cantik di pejabat. Tetapi selekeh di rumah.
2. Dia Tidak Romantik
Mahukan isteri romantik yang tidur di lengan anda sewaktu bersama-sama menonton TV? Elakkan awek kaki melancong.Rata-ratanya kurang feminin, dan tidak iri hati pun dek kelembutan pelakon Korea. Jika mereka mahukan apa-apa, mereka akan berterus-terang. Tidak pujuk rayu, tiada madah berhelah. Tetapi layanannya kepada anda adalah seperti layanan tokei Cina di kedai hardware.Jika dia dilanda kesedihan, dia tidak perlukan anda. Dia sudah biasa berdikari. Dan dia tidak perlukan kata-kata manja dan lembut dari anda. Kalau dia keluar rumah dengan kereta tanpa izin anda, jangan terkejut. Si dia sudah biasa mengembara tanpa merujuk sesiapapun.
3. Egonya Melangit
Jika anda mahu suara anda dipatuhi, jangan kahwini perempuan yang suka mengembara. Dia mahu bebas. Dan dia terbiasa membuat keputusan sendiri di jalanan.Bila anda menahan keputusannya, dia akan bermasam muka. Dia sudah biasa membuat keputusan tanpa dihalang oleh apapun, kecuali oleh pegawai imigresen atau jadual keretapi.
Sebelum membuat keputusan dalam soal rumahtangga, anda perlu merujuk kepadanya terlebih dahulu. Bukan apa, dia fikir dia lebih bijak dari anda. Jika dia boleh pulang ke Malaysia setelah hilang passportnya di Poland, apa sangatlah menyelesaikan isu rumahtangga di Taman Tun?
4. Belanja Tinggi
Ya, dia mungkin tidak kisah dengan make-up MAC atau beg Prada. Tetapi jangan pula anda sangka yang anda dapat berjimat.Jika hadiah ulangtahun pasangan lain cuma beg tangan baru beratus ringgit, bersedia untuk menghabiskan berbelas ribu untuk si kaki travel.
Setahun sebelum ulang tahun, dia akan mengingatkan anda tarikh ulangtahun dan sudah mula membelek buku pelancongan Lonely Planet. Sewaktu anda kusut memikirkan bil yang perlu dibayar, dia pula hanya sibuk merancang aktiviti di destinasi lawatannya kelak.
Dan kalau ramai isteri sudah teruja dengan pakej membeli belah di Langkawi, dia hanya menguap bila anda katakan yang cuti hujung tahun ini destinasinya di Pekan Kuah.
5. Anda Membosankannya
Makan malam di restoran angkasa Menara Kuala Lumpur hebat? Fikir sekali lagi.Untuk si kaki travel yang sudah membuat terjunan bungee jumping di New Zealand, menawan ombak di pantai Sydney dan menaiki belon panas di Istanbul, tiada apa yang hebatnya dengan makan malam di menara atas bukit.Jika anda anak bendang yang sudah biasa makan nasi 3 kali sehari, anda akan membuatnya bosan. Lidahnya sudah mengenal roti Perancis, sushi Jepun dan kopi Arabica. Jadi makan nasi lemak sotong di rumah sambil bermain X-Box di hujung minggu memang tidak cocok dengan jiwanya.Dia suka bebas di luar, bukan dipenjara di rumah.

6. Dia ramai kenalan lelaki
Apabila anda ambil keputusan berkahwin dengan awek kaki melancong, bersedialah untuk membuang rasa cemburu.Dia mesra dengan semua. Tak kiralah lelaki atau perempuan. Bertahun di jalanan menyebabkannya petah berbicara. Dia juga ada ramai kenalan lelaki yang bersama-sama mengembara dengannya.Hobinya itu cinta pertamanya. Dan anda cinta keduanya. Jadi jangan halang dia untuk berjumpa atau bercakap dengan sesiapapun tentang cinta pertamanya itu.Jadi pendam sahaja rasa sakit hati anda itu.
7. Bersedia untuk ditinggalkan
Jika syarikat anda jatuh bankrap atau kereta anda rosak sewaktu tarikh kembaranya hampir tiba, nasib anda bakal semakin parah. Dan hati anda bakal patah.Si dia yang suka travel takkan mengorbankan apa yang telah dirancangnya. Jika anda berkahwin dengan dengannya, bersedialah untuk melepaskan si dia pergi bercuti seorang diri.Si dia tidak perlukan anda. Dan si dia tidak menunggu sesiapapun.Baginya anda tidak ubah seperti beg bagasinya sahaja — jika hilang, masih boleh diganti semula. Beg ‘bagasi baru’ yang bakal dicarinya nanti mungkin lebih baik.

Apa kata anda? Beranikah anda kahwini awek si kaki travel?- Sumber Malaysia Backpackers Club


P.S : I'd love to meet you on Twitter : here

And if you enjoy this post, please consider sharing it on Facebook or Twitter below

Comments

Tiara Fazlin said…
I love travelling but it's a different story when u are already married. Husband will be a priority.
rysa said…
awek kaki melancong harus kahwin dengan jantan kaki melancong dan melancong sama2. Laki kaki makan karipap, minum petang di pejabat harus kahwin dengan permpuan kaki makan karipap minum petang di pejabat. :)
Muiz Misri said…
yup , u are right Tiara. Family must come 1st.
Muiz Misri said…
hahaha ini memang kelakar yang penting sehati sejiwa baru lah boleh sama-sama melancong
akuPM said…
Kalo da jodoh..nk wt cane..
Muiz Misri said…
a ah betul tu janji bahagia dan hidup aman damai heheh
Shakirah said…
Lawak lah entry ni.... Ye ker semua awek kaki melancong macam tu? Saya tak macam tu pun...
Rasanya tak semua mcm tu... Sebab bergantung kepada tujuan dan hala tuju hidup seseorang tu... Sbb tu ada pepatah kata, nak menilai seseorang tu, kena kenal hati budi dan agama, bukan rupa paras cun ke tak..hehehehe....
Anonymous said…
Sungguh tak benar post ni. Mungkin ada ciri2 yang kena bagi certain perempuan, tetapi yang penting banyak ciri2 ni takde pada perempuan kaki travel dan banyak ciri2 ni yang ada pada perempuan yang tak minat travel. Sebagai seorang perempuan yang suka sangat2 travel dan banyak kawan perempuan yang suka travel, saya teringin nak membidas:

1. Ramai perempuan kaki travel sangat pentingkan penampilan. Maybe kat rumah tu memang la lepak sikit stailnya; buang tabiat ke nak pakai make up dgn seluar slacks kat rumah? Tapi perempuan yang suka travel ni kena pandai packing light, jadi kita pandai pilih dan padan pakaian yang sesuai dan cantik – lagi2 bila nak post gambar2 travel kat FB dan Instagram!

2. Tak romantik?? Masa pegi Paris terbeliak mata nak mencari mana lelaki2 Paris yang kononnya romantik tu. Travel ke tempat2 macam Venice dan F├╝ssen menyebabkan kami perempuan kaki travel lebih menghargai apa2 yang romantis. Apa salahnya perempuan yang berterus terang? Perempuan yang berdolak-dalik, tak reti nak get to the point biasanya lagi menyakitkan hati lelaki!

3. Perempuan kaki travel memang ada ego. Tapi kebanyakan perempuan tak kaki travel pun ego jugak. Ada ke orang yang suka keputusannya ditahan? Tambahan perempuan yang biasa travel akan biasa menghormati keinginan dan keputusan orang lain, jadi kami tahu bila nak tolak ego kami ke tepi untuk ego kamu.

4. Perempuan kaki travel ni travelnya bukannya tiap2 minggu. Perempuan kaki shopping tu paling kurang satu benda beratus2 beli setiap kali shopping. Shoppingnya setiap minggu. You do the math.

5. Jangan risau. Perempuan yang tak reti nak makan nasi ni pandai2 la dia migrate ke negara lain, kahwin dengan mat saleh dan makan roti Perancis banyak2. Perempuan kaki travel yang truly Malaysian tak sampai seminggu akan rindu roti canai, nasi lemak dan teh tarik. Travel akan membuatkannya lebih menghargai rumahnya yang sebenar. Dan walaupun saya cukup bertuah dapat travel ke banyak tempat, date favourite saya so far adalah berjalan2 merasa angin sepoi2 bahasawaktu malam. Tak payah beli makan pun.

6. Tak semestinya dia mengembara dengan lelaki. Ramai perempuan yang lebih suka travel dengan perempuan sebab lagi senang – tempat tidur, perangai dll. Kalau tak pun, apa salahnya baik dengan semua? Asal tahu batasan. Kita masing2 boleh pilih prioriti, yang mana yang kita lebih cinta. Tak semestinya hobi, cinta terhadap seseorang tu lebih berharga dan sebagai perempuan yang banyak buat kawan semasa travel, saya lebih pentingkan orang dari hobi.

7. Tak tahu nak cakap apa terhadap point terakhir yang tak masuk akal ni. Kenapa nak tinggalkan bila kereta rosak? Nak hantar kereta ke bengkel tu tak sampai sehari pun. Perempuan yang biasa jalan2 ni dah biasa tempuh masalah pada saat-saat terakhir - tertinggal kereta api la, dompet kena curi la. Jadi perempuan kaki travel ni mampu berfikir dengan pantas dan rasional untuk menyelesaikan masalah.

Apa yang saya nak sampaikan adalah: janganlah pandang semua perempuan kaki travel hanya sebab seorang perempuan yang tak menghormati orang lain dan pentingkan diri sendiri yang kebetulan suka travel. Banyak je kelebihan perempuan kaki travel ni – sama juga banyaknya kelebihan perempuan yang tak suka travel. Tapi yang kaki travel lagi banyak kelebihan kot ;) Pergilah travel dengan dia dan buka mata tu sikit.
Muiz Misri said…
tak semua mcm tu maybe sebilangan jer hehehe. Yang cun tu kira bonus lah untuk jejaka yang dapat hehehe
Muiz Misri said…
I cannot disagree with the all fact by right awek kaki travel more open and friendly. To get married is a different situation hehehe
catatan mazuin said…
Tudia hahaa teman kaki travel gak,simpan duit gaji.tgk keindahan alam somi supporr janji duit mesti ada
Muiz Misri said…
betul tu simpan duit untuk jalan-jalan hehehe

Popular posts from this blog

Kasut Footlink Disyorkan oleh DRKasut Membantu Memperbetulkan Postur Badan Dalam Masa 3 Bulan

Kasut Footlink Yang Disyorkan oleh DRKasut Membantu Memperbetulkan Postur Badan Saya Dalam Masa 3 Bulan Sebelum ini saya memang tidak tahu pun ada kasut kasihatan yang boleh memperbetulkan tulang postur. Apabila bertemu dengan pakar kasut kesihatan dari @drkasut iaitu Puan Zawati Ahmad melihat ada masalah dengan postur badan atau 'FORWARD HEAD' Oleh itu beliau mengsyorkan beberapa jenis kasut yang sesuai untuk saya. Saya mencuba beberapa jenis kasut dan selipar dan akhirnya saya memilih kasut sukan dan selipar kerana selipar adalah untuk kegunaan harian saya. Semasa pemilihan kasut, saya ada bertanya tentang kualiti berbanding jenama yang lain. Pn Wati menyatakan perbezaan itu dapat kita rasa apabila kita memakai kedua-dua jenama di mana mengikut sesetangah pengguna menyatakan Footlink lebih selesa dan mengikut bentuk tapak kaki berbanding jenama lain. Selain itu Pn Wati ada menyatakan Footlink antara perintis awal yang mengeluarkan kasut kesihatan. Pert

Aku rindu ...

Sebenarnya gua tidak rindu pada sesiapa pun hatta pada manusia sebaliknya gua rindu pada zaman awal-awal gua bergiat dalam dunia blogging. Aku akan cuba luangkan 30 minit setiap hari untuk tulis apa sahaja aku rasa dan apa yang gua nampak. Selalunya gua akan update selepas waktu bekerja kerana itu sahaja masa yang gua ada. Ketika itu gua tenang kerana gua dapat luahkan perasaan gua melalui penulisan dan sesekali gua ada masukkan hal-hal politik. Dunia politik gua tidak dapat lari kerana gua sendiri minat dengan hal-hal politik di samping rakan-rakan gua ada yang terlibat dalam politik. Secara tidak lansung sumber-sumber maklumat gua dapat terus ke hp gua. MUIZMISRI.COM vs MALAYSIABACKPACKERS.COM Selain dari blog peribadi gua ada 'travel blog' iaitu www.malaysiabackpackers.com  dan sebenarnya gua yang tidak pasti mana satu yang terawal travel blog atau blog peribadi tetapi gua dapat rasakan 'travel blog' gua ada yang terawal mengikut firasat gua. Post terawal gu

YOUNG MALAYSIAN ENTREPRENEURS OPEN UK'S FIRST TUTTI FRUTTI OUTLET

The world's largest frozen yogurt retail chain Tutti Frutti opened in the United Kingdom on Friday. The first flagship store in London's Covent Garden is owned by a group of young Malaysian entrepreneurs. London's first Tutti Frutti outlet was officially opened on Friday by Lord Powell who had served former British Prime Minister Margaret Thatcher. The idea to open the frozen yoghurt store there was conceived by 19-year-old Amanda Nasim, who's in her final year studying Finance and Economics at York University. She had pitched her proposal to Jay Kim, the founder of the frozen yoghurt retail chain at the Tutti Frutti International Convention in Los Angeles early this year on obtaining the master license to open a franchise in the UK."I gave a presentation on how we would do well in the UK, which locations we'll have and thats how they agreed. I think he saw that I had the energy, I proofed to him that even without an initial plan, that I can do it. You&