Siapa tidak kenal Mamee? Pasti semua kenal mamee kerana sejak kecil lagi kerana pasti kita membeli makanan ringan apabila pulang dari sekolah atau apabila kita singgah kedai runcit pasti kita nak beli jajan atau makanan ringan. Harga pun yang saya ingat 30 sen ketika zaman sekolah , sekarang tidak pasti harga Mamee berapa. Serba ringkas tentang sejarah Mamee, sebelum saya hanya tahu Mamee ini dari Melaka sahaja dan apabila melepasi tol ke Ayer Keroh pasti akan melalui jalan yang akan melepasi Kilang Mamee yang tersergam indah dan iklan pelbagai produk Mamee. Untuk pengetahuan anda mamee adalah produk Malaysia oleh itu kita harus berbangga dengan produk Malaysia ini . Mamee telah memula operasi pada tahun 1972 oleh pengasasnya iaitu Datuk Pang Chin Hin di Ayer Keroh, Melaka. Sekarang produk Mamee telah berada di beberapa negara ASEAN , Australia dan lain-lain negara lagi. Bagi mendekatkan dengan masyarakat bagi tujuan kesedaran (Awareness Program) Mamee telah memperkenal nama
Youth Activist | Bloggerpreneur | Traveler | Real Estate Negotiator