Blog ini asalnya ditulis kerana ingin kerana hendak meluahkan isi hati yang terpendam ini melalui penulisan. Namun atas kehendak peribadi dan kecelaruan minda sering kali berubah tujuan blog ini ditulis .Aku rasa sudah sampai masanya blog ini lebih kepada bersifat peribadi dan jika anda ingin maklumat tentang pengembaraan boleh ke Malaysia Backpackers . Minda aku sering bercelaru kadang-kadang aku sendiri tidak tahu apa yang aku ingin. Yang pasti duit bukan menjadi perkara utama aku tetapi kebebasan dan kerja yang aku minat itu sentiasa menjadi perkara utama dalam benak fikiran. Aku selalu berkata duit akan datang apabila kita membuat sesuatu dengan minat dan sungguh. Jika anda membuat perkara sesuatu dengan bersungguh tanpa minat akhirnya anda tidak tahu ke mana arah tuju sebenarnya. Setakat ini orang sering bertanya aku kerja apa? Asyik berjalan jer . Kadang-kadang aku dengan berseloroh dengan berkata kerja aku berjalan. Sebenarnya aku rasa selesa dan suka dengan kerja berjalan
Youth Activist | Bloggerpreneur | Traveler | Real Estate Negotiator