Sambutan Maulidur Rasul pada kali ini membawa tema Wasatiyyah Tonggak Kesatuan Ummah. Mesti ramai yang nak tahu, apakah maksud wasatiyyah? Merujuk kepada kamus arab wasatiyyah adalah daripada perkataan al-Wasat(الوسط) yang diterjemahkan dari segi bahasa dengan makna pertengahan (sederhana). Seterusnya diistilahkan dari segi Islam dengan maksud adil, sederhana dan terbaik. Tentang sejarah sambutan Maulidur Rasul ini anda boleh mencari di dalam internet dan saya tidak mahu menghurai tentang hukum-hakam kerana saya bukan seorang pakar agama. Namun begitu sifat ingin mencuba melakukan perkara yang baik dan luar biasa adalah menyertai perarakan ini dengan mewakili organisasi tempat bekerja saya. Bagi saya satu perkara yang luar biasa pada diri saya kerana sepanjang hidup saya ini lah pertama kali saya melakukan. Perarakan bermula dihadapan Istana Kehakiman dan berarak ke Masjid Putrajaya. Perjalanan sepanjang 2km dan mengambil masa lebih kurang 1 jam . Sebagai manusia kita tidak mampu men
Youth Activist | Bloggerpreneur | Traveler | Real Estate Negotiator