Kadang-kadang rasa diri ini tidak mampu laksanakan pelbagai perkara kerana masa hanya ada 24 jam sehari . Rasa tidak cukup sekali. kadang-kadang tertanya apakah aku tidak pandai menguruskan masa dengan baik atau pun tidak tahu meletak di mana 'priority' yang sepatutnya. Kalau boleh semua benda aku nak buat dan khabarkan pada semua rakan sekalian alam. Cerita penuh aku di Kota Pariaman dan Bukit Tinggi belum lagi diupload walaupun sudah di war-warkan . Macam best jer sebab dah buat priview hehehe. Cerita aku pergi 'solo backpackers' dari Miri - Brunei - Labuan bulan lepas pun masih belum berkesempatan untuk aku buat kerana aku sedang fokus untuk menyiapkan buku pertama aku tentang dunia backpackers. Judul masih belum ditetapkan , jika anda ada tajuk yang sesuai sila komen pada post ini. Jika cantek saya akan gunakan tajuk anda pada buku saya. Harap-harap dapat disiapkan pada bulan 5. Selama 7 hari saya trip saya dari Miri - Brunei - Labuan atau saya panggil adalah Borneo
Youth Activist | Bloggerpreneur | Traveler | Real Estate Negotiator