Skip to main content

Kongres Ekonomi Bumiputera




Suasana di Dewan Merdeka,PWTC Sabtu malam adalah sesuatu yang rugi bagi mereka yang tidak berpeluang melihatnya sendiri.

Di situ Datuk Ibrahim Ali tetap dengan stail biasanya cakap direct to the point tak peduli siapa di depannya dan bagaimana Datuk Seri Najib Tun Razak menghadapi situasi itu.

Nak tau hangat ke tak hangat… kedua-duanya tidak jadi guna teks ucapan yang awalnya masing-masing sediakan supaya dapat menghuraikan dengan jelas pendirian mengenai Model Baru Ekonomi (MBE).

Senario ini berlaku pada majlis perasmian penutup Kongres Ekonomi Bumiputera: MBE anjuran Majlis Perundingan Melayu (MPN).


Perdana Menteri hadir untuk makan malam bersama lebih 2,000 wakil 126 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Melayu dan berucap menutupnya.

Sebelum itu pada sebelah petangnya sudah menjalar keluar cerita mengatakan kongres sehari itu menolak MBE setelah berlaku perbincangan hangat mengenainya. Ibrahim mengesahkan hal itu pada lewat petang dalam sidang akhbarnya mengenai 31 resolusi yang diputuskan oleh kongres yang diadakan sejak pagi.

Ada beberapa orang pemerhati politik yang ditemui memberitahu mereka telah berkejar ke Dewan Merdeka untuk melihat sendiri bagaimana keadaannya majlis berkenaan setelah mendapat tahu kongres itu menolak MBE yang diumumkan oleh Najib Mac lalu.

Ini lebih-lebih lagi apabila Ibrahim selaku pengerusi Majlis Perundingan Melayu,penganjur kongres itu dilabel sebagai ektremis Melayu oleh sesetengah pihak bukan Melayu.

Biasanya dalam majlis-majlis yang dihadiri oleh Perdana Menteri, penganjur dalam ucapannya mesti buka ayat dengan memuji segala macam.

Sebelum memulakan ucapan, Ibrahim memberitahu beliau tidak mahu guna teks ucapan 13 muka surat yang disediakannya untuk majlis itu.

Ini,katanya supaya beliau dapat menyampaikan dengan lebih tepat apa yang ingin disuarakan oleh kongres itu.

Ibrahim dengan stail terbukanya antara lain berkata kongres itu menolak MBE kerana ia tidak menghayati semangat Dasar Ekonomi Baru dipelopori oleh bekas Perdana Menteri Allahyarham Tun Abdul Razak yang menjamin kepentingan orang Melayu.

Beliau mengandaikan MBE mungkin dirumuskan oleh para pegawai tinggi kerajaan Melayu yang tidak ada semangat Melayu dan mereka yang sudah lupa asal usul.

Setelah meluahkan fakta-fakta yang menjadi kebimbangan kongres itu,termasuk yang dijeritkan oleh hadirin dalam dewan, Ibrahim berkata beliau yakin Najib tidak akan mengkhianati perjuangan arwah bapanya dalam membela nasib orang Melayu.

Sepanjang mendengar ucapan Ibrahim hampir sejam itu Najib kelihatan tenang dan sesekali tertawa mendengar jenaka Presiden Perkasa yang juga Ahli Parlimen Bebas Pasir Mas itu.

Dengan nada berseloroh,Ibrahim berkata beliau tidak takut apa kerana bukan ahli UMNO dan juga bukan anggota kerajaan.

Selepas itu pihak penganjur telah menjemput wakil 126 NGO berbaris naik ke atas pentas utama untuk menyampaikan sendiri memorandum masing-masing mengenai MBE kepada Najib.

Najib dalam ucapannya secara berjenaka memberitahu ini adalah pertama kali dalam sejarah karier politiknya menerima serentak memorandum sebanyak itu.

Beliau juga kata tidak mahu guna teks ucapannya.Sebelum itu teks ucapannya enam muka surat sudah diedarkan pada para wartawan oleh seorang pegawai pejabat Perdana Menteri di situ.

Apapun Perdana Menteri telah ‘ menguasai’ balik suasana dewan dalam ucapannya di mana beliau menjelaskan Model Baru Ekonomi (MBE) bukanlah sesuatu yang sudah dimuktamadkan kerajaan, sebaliknya ia adalah cadangan daripada pakar-pakar ekonomi.

Katanya kerajaan masih dalam proses mendapatkan pandangan daripada pelbagai pihak termasuk Majlis Perundingan Melayu sendiri mengenainya.

Serentak dengan itu beliau memberi jaminan kerajaan tidak sekali-kali akan mengabaikan kepentingan Melayu baik secara tersurat mahupun secara tersirat dalam apa jua dasarnya.

Beliau berkata sebagai anak kepada pengasas Dasar Ekonomi Baru iaitu Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein, tidak mungkin beliau akan mengkhianati perjuangan bapanya.

Katanya MBE yang bakal dilaksanakan perlulah diterima pasaran untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang maju menjelang tahun 2020.

Najib berkata beliau juga ingin melihat MBE tidak akan mengetepikan agenda Melayu, malah akan mencari pendekatan yang lebih dinamik dan menjanjikan hasil yang lebih besar.

Beliau menjelaskan kerajaan perlu merumuskan satu pendekatan baru kerana tidak mahu sesetengah cara lama yang tidak memberi kesan kepada kepentingan Melayu diteruskan.

Beliau menilai adalah ' gila' untuk terus berbuat sesuatu pendekatan lama yang jelas tidak memberi kesan.

Menurut Perdana Menteri antara sebab utama kegagalan mencapai hasrat yang ditetapkan oleh DEB ialah ketirisan keterlaluan yang berlaku.
Beliau memberi contoh mengenai kontrak dan pemberian saham kepada orang Melayu yang kemudiannya ‘dijual’.

Katanya ini sesuatu fenomena yang diketahui umum.

"Saya harap tidak ada sesiapa yang yang sangsi dan khuatir bahawa saya tak akan mendengar isi hati orang Melayu. Tak mungkin saya sebagai Presiden UMNO tidak mengambil kira kehendak Melayu sebagai majoriti rakyat Malaysia," katanya.

Beliau menegaskan jangan disamakan slogan 1 Malaysia yang dipeloporinya dengan konsep Malaysian Malaysia yang diperjuangkan oleh DAP.

Perdana Menteri juga berkata beliau akan memastikan orang Melayu mampu bersaing di peringkat dunia tanpa mengabaikan bangsa lain yang turut berperanan membantu kesejahteraan negara.

"Islam mengajar kita agar berlaku adil bukan hanya kepada sesama sendiri (Islam) tetapi turut perlu berlaku adil kepada bangsa lain.

"UMNO mampu bertahan sehingga kini ialah kerana kita berlaku adil kepada bangsa lain," kata Najib

Hadirin telah memberi tepukan gemuruh dengan laungan ‘ Hidup Najib’ diselang-seli ucapannya dan juga sejurus beliau mengakhir ucapan.-29/5/2010
SUMBER - AGENDADAILY.COM

Comments

Popular posts from this blog

Kasut Footlink Disyorkan oleh DRKasut Membantu Memperbetulkan Postur Badan Dalam Masa 3 Bulan

Kasut Footlink Yang Disyorkan oleh DRKasut Membantu Memperbetulkan Postur Badan Saya Dalam Masa 3 Bulan Sebelum ini saya memang tidak tahu pun ada kasut kasihatan yang boleh memperbetulkan tulang postur. Apabila bertemu dengan pakar kasut kesihatan dari @drkasut iaitu Puan Zawati Ahmad melihat ada masalah dengan postur badan atau 'FORWARD HEAD' Oleh itu beliau mengsyorkan beberapa jenis kasut yang sesuai untuk saya. Saya mencuba beberapa jenis kasut dan selipar dan akhirnya saya memilih kasut sukan dan selipar kerana selipar adalah untuk kegunaan harian saya. Semasa pemilihan kasut, saya ada bertanya tentang kualiti berbanding jenama yang lain. Pn Wati menyatakan perbezaan itu dapat kita rasa apabila kita memakai kedua-dua jenama di mana mengikut sesetangah pengguna menyatakan Footlink lebih selesa dan mengikut bentuk tapak kaki berbanding jenama lain. Selain itu Pn Wati ada menyatakan Footlink antara perintis awal yang mengeluarkan kasut kesihatan. Pert

YOUNG MALAYSIAN ENTREPRENEURS OPEN UK'S FIRST TUTTI FRUTTI OUTLET

The world's largest frozen yogurt retail chain Tutti Frutti opened in the United Kingdom on Friday. The first flagship store in London's Covent Garden is owned by a group of young Malaysian entrepreneurs. London's first Tutti Frutti outlet was officially opened on Friday by Lord Powell who had served former British Prime Minister Margaret Thatcher. The idea to open the frozen yoghurt store there was conceived by 19-year-old Amanda Nasim, who's in her final year studying Finance and Economics at York University. She had pitched her proposal to Jay Kim, the founder of the frozen yoghurt retail chain at the Tutti Frutti International Convention in Los Angeles early this year on obtaining the master license to open a franchise in the UK."I gave a presentation on how we would do well in the UK, which locations we'll have and thats how they agreed. I think he saw that I had the energy, I proofed to him that even without an initial plan, that I can do it. You&

Aku rindu ...

Sebenarnya gua tidak rindu pada sesiapa pun hatta pada manusia sebaliknya gua rindu pada zaman awal-awal gua bergiat dalam dunia blogging. Aku akan cuba luangkan 30 minit setiap hari untuk tulis apa sahaja aku rasa dan apa yang gua nampak. Selalunya gua akan update selepas waktu bekerja kerana itu sahaja masa yang gua ada. Ketika itu gua tenang kerana gua dapat luahkan perasaan gua melalui penulisan dan sesekali gua ada masukkan hal-hal politik. Dunia politik gua tidak dapat lari kerana gua sendiri minat dengan hal-hal politik di samping rakan-rakan gua ada yang terlibat dalam politik. Secara tidak lansung sumber-sumber maklumat gua dapat terus ke hp gua. MUIZMISRI.COM vs MALAYSIABACKPACKERS.COM Selain dari blog peribadi gua ada 'travel blog' iaitu www.malaysiabackpackers.com  dan sebenarnya gua yang tidak pasti mana satu yang terawal travel blog atau blog peribadi tetapi gua dapat rasakan 'travel blog' gua ada yang terawal mengikut firasat gua. Post terawal gu