Skip to main content

Posts

Showing posts from February, 2010

Why you should learn English ?

Pada suatu masa,ada serombongan pengawas sekolah datang ke satu negeri untuk melaksanakan satu kursus bagi pengawas2 sekolah yg terpilih seluruh Malaysia.Antara salah satu slot yang dilaksanakan sempena kursus tersebut ialah mengadakan pertemuan dengan jabatan belia dan sukan dinegeri berkenaan.Maka datanglah wakil jabatan(top Gun jugak lah kiranya) untuk bertemu dan berdialog dengan pengawas pengawas berkenaan.Murid murid ini diiringi oleh beberapa orang guru pengiringnya yang turut sama hadir dalam majlis tersebut.Pegawai yang mewakili jabatan tadi pada mulanya bertali leher sahaja,tetapi telah menukar fikirannya untuk balik kerumahnya sekejap bagi mengambil kotnya ,memandangkan perjumpaan ini agak ekslusif,kerana ianya di peringkat kebangsaan. Setelah sessi bermula,beliau (pegawai tinggi tadi) memulakan bicara dengan memperkenalkan beberapa pegawai jabatan yang hadir ketika itu dan seterusnya memberikan taklimat ringkas tentang jabatan belia dan sukan negerinya.Taklimat ini juga t