About Me

Backpacking in Philippine

Abdul Muiz seorang graduan Universiti Teknologi MARA (UiTM) dalam Ijazah Sarjana Muda (Kepujian ) Pengurusan Perniagaan (Perniagaan Antarabangsa). Seorang graduan yang aktif dalam persatuan dalam UiTM

Dulunya aktif dalam aktiviti sukan dan rekreasi melalui kegiatan Persekutuan Pengakap dengan jawatan terakhir adalah Penolong Pesurujaya Kelana Daerah Lembah Pantai Kuala Lumpur. Dari situ minat dalam sukan dan rekreasi mendorong beliau untuk melanjut ilmu ke tahap lebih tinggi dengan mengikuti Pensijilan Jurulatif Rekreasi secara lansung melayakkan beliau mengajar sukan dan rekreasi sehingga berpeluang mengajar di UiTM Shah Alam sebagai Jururlatih Rekreasi lebih dari 5 tahun.

Selain itu bagi menambah pelbagai ilmu bidang rekreasi, beliau telah mengambil pensijilan Kayak Star 1 kerana minatnya dalam dunia air. Oleh kerana telah mengikuti kelas berenang secara formal sejak di bangku sekolah beliau telah mengambil Kursus Kemahiran Meyelamat Di Air (Life Guide) Bronze Medallion dengan jayanya yang melayakkan beliau menjadi Life Guide.

Dalam bidang Kesukarelawan ini beliau telah lama melibatkan diri melalui kegiatan aktiviti Pengakap dan sekarang ini aktif dengan Persatuan Asrama Belia Malaysia (MYHA) dan memegang jawatan sebagai Ahli Jawatankuasa Kemanusian. Sekarang ini beliau menjawat jawatan Presiden MYHA Wilayah Persekutuan dan Ketua Penerangan MYHA Kebangsaan. Hasil dari penglibatan beliau dalam kegiatan belia dan sukarelawan beliau telah terpilih dalam beberapa program antarabangsa. Antaranya adalah :

  1. Program Pertukaran Kapal Belia Asia Tenggaran Jepun (SSEAYP) 2010
  2. Program Pelayaran Kapal Layar Tunas Samudera 2012 (Terpilih sebagai Penghulu dan Peserta Terbaik)
  3. Youth Leader bagi Program Pertukaran Belia Malaysia Indonesia Youth Exchange Study (YES) 2012 anjuran MYHA
  4. Mewakili Majlis Belia Malaysia dalam Program Dialog Pemuda Malaysia Indonesia (MALINDO) 2016
  5. Dll

Selain dari kerja-kerja sukarelawan, pengalaman dalam bidang pentadbiran dan juga audit telah banyak membantu dalam melaksanakan kerja seharian beliau lebih mahir dan terurus. Pengalaman hampir 10 tahun dalam perkhidmatan awam dan juga melibat diri dalam bidang audit telah memberi banyak pengalaman dalam melihat proses kerja berasaskan Sistem Pengurusan Kualiti MS ISO 9001:2008. Sebagai orang mempunyai sijil Sistem Pengurusan Kualiti MS ISO 9001:2008, beliau tahu untuk melaksanakan bagaimana proses sistem kualiti di jabatan-jabatan kerajaan.


Bidang Pemasaran Online

Sekarang ini fokus dalam kerjaya bidang pemasaran dan strategi online marketing untuk pelbagai produk dan perkhidmatan . Selain adalah pengasas kepada MalaysiaBackpackers.Com dan menerima jemputan untuk perkongsian maklumat dalam industri pemasaran online dan pelancongan. Anda boleh rujuk hasil kerja yang telah dilakukan di SINI dan Super Power Online Marketing


Bidang Penulisan :

Selain dari aktif menulis di blog laman web MalaysiaBackpacker.Com beliau telah menghasilkan 5 ebook berkaitan dengan travel dan bajet pelancongan. Sekarang ini dalam proses menghasil buku travelog dalam bahasa Malaysia yang pertama.

Untuk sebarang pertanyan boleh email beliau di admin@malaysiabackpackers.com atau 012 - 6944380 dan jangan lupa follow Muiz Misri di  Facebook : Muiz Misri ,Twitter : muizmisri dan
Instagram : muizwanderlust

A happy man is happy not because everything is right in his life; He is happy because he does all things in his life right

Powered by Blogger.