Memimpin Persatuan Bukanlah Mudah Seperti Yang DIsangkakan

Dalam melaksanakan tanggungjawab sebagai penggerak belia banyak perkara yang perlu difikirkan apatah lagi memegang jawatang diperingkat kebangsaan dan juga diperingkat majlis.
Cabaran tetap ada dari luar mahupun dari dalam. Namun itu bukan alasan untuk mengalah mahupun menyalahkan orang dengan seolah-olah kita sahaja yang betul.
Dalam berpersatuan banyak perkara yang perlu dirujuk samada melalui barisan kepimpinan, dokumen perlembagaan, dokumen yang terdahulu mahupun orang yang lebih pengalaman supaya persatuan ini berjalan pada landasan yang betul. Tetapi pada akhirnya adalah keputusan di tangan Presiden.
Keputusan yang diambil adalah untuk kebaikan persatuan yang dilihat dari pelbagai sudut.
Namun kadang-kadang keputusan yang diambil kita fikirkan adalah baik tetapi hasilnya adalah sebaliknya. Itulah yang dikatakan proses pembelajaran dalam penguruskan persatuan
"Sometimes bad things have to happen before good"
Bagaimana pun Alhamdulillah apa yang saya sasarkan pada tahun ini 2 perkara bakal dicapai yang memberi impak kepada akar umbi dan seterusnya menjadi platform kepimpinan yang baru di masa hadapan.
Namun ada juga yang tertangguh/gagal disebabkan pelbagai cabaran yang tidak mampu diselesaikan.
Apa pun terima kasih semua yang terlibat. Orang Kiri kanan atas bawah terima kasih. You know who you are.
Hidup Untuk Berjasa

P.S : I'd love to meet you on Twitter : here

And if you enjoy this post, please consider sharing it on Facebook or Twitter below
Powered by Blogger.