Aspirasi Transformasi Nasional 2050 dalam Sektor Pelancongan

Alhamdulillah khamis yang lalu sempat saya sampai aspirasi dalan Transformasi Nasional 2050 (TN50) dalam Sektor Pelancongan di antaranya adalah dalam menekankan aspek Sustainable Development Goal dalam semua badan kerajaan dan juga swasta. Namun persediaan human capital perlu diambil kira.

Oleh itu saya cadangkan kerajaan mewajibkan semua hotel, resort dan pusat pelancongan yang berskala besar mempunyai pegawai konservasi atau dalam bidang sustainable development kerana masa depan pelancongan adalah sustainable tourism terutama dalam bidang eco tourism dan juga heritage tourism.

Yang ke2 adalah membangunkan generasi freelance dalam bidang local guide dengan memudahkan mereka mempunyai certicate di universiti tanpa perlu mengambil lagi selepas mereka tamat belajar di universiti.

Namun saya ada sedikit rasa kecewa kerana kurang sedikit penglibatan belia berbanding dari wakil industri. Selain itu kurang penglibatan peserta dari universiti yang hadir untuk menyampaikan aspirasi sehingga moderator terpaksa memanggil mereka. Mungkin kerana hanya jemputan sahaja.

Di samping saya agak terkilan kerana tidak sampaikan semua aspirasi rakan-rakan backpackers dan belia. Apatah lagi apabila berbicara tentang TN50 adalah golongan industri yang sudah berumur lebih mengutarakan masalah dan periuk nasi mereka berbanding aspirasi.

Saya mengharap pihak MOTAC dapat adakan sekali lagi secara terbuka kepada semua belia untuk fasa kedua dan fasa ketiga adalah khusus untuk 'group focus'.

Terima kasih kepada semua yang telah memberi input dari geng backpackers Malaysia Backpackers, Malaysian Backpackers Club dll ,belia dan rakan-rakan yang lain.

Semoga apa yang dapat sampaikan ini dapat memberi peluang kepada belia dan juga merancakkan industri pelancongan negara.



Bersama dengan Puan Nor Yahati Binti Awang, Timbalan Ketua Setiausaha (Pelancongan), Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia dan Presiden Asrama Belia Malaysia


Powered by Blogger.