Dialog TN50x Kluster Politik: Iklim Politik Negara Menuju 2050, Apakah Hala Tuju Kita?

Banyak perkara diutarakan oleh panel yang terdiri dari wakil parti DAP, MIC, PKR dan UMNO dalam memberi idea kepada peserta dialog untuk menyampaikan aspirasi mereka. Saya tertarik untuk datang adalah kerana ingin melihat apa pandangan belia dan rakyat tentang politik dalam tahun 2050
Soal Perpaduan menjadi aspirasi utama peserta namun tidak ramai yang berani menongkah arus termasuk ahli panel. Ia kerana berkait rapat dengan sekolah satu aliran, parti berbilang kaum, gender, kontark sosial danperlembagaan yang menjadi huraian oleh peserta dialog.
Ada peserta dialog ingin melihat Perdana Menteri Wanita dalam tahun 2050 dan meminta ruang lebih kepada wanita. Di samping itu peserta ingin melihat politik matang berasaskan fakta bukan emosi dan lebih kepada politik khidmat bakti.
Saya tidak sempat menyampaikan aspirasi saya kerana kesuntukan masa. Saya ingin DANA POLITIK DIISYTIHARKAN bagi semua parti politik sebelum 2050
TN50x bermaksud boleh dianjurkan oleh mana-mana NGO. Soalnya parti sana nak ker anjurkan? Jangan salah orang jika anda tidak dijemput. Anda boleh anjurkan sendiri dengan menjemput sekretariat TN50
Penggulungan oleh wakil Exco Pemuda Umno Shahril Hamdan sangat baik menarik minat saya di mana beliau menyatakan aspirasi rakyat bermula dari anda. Anda mahukan perpaduan kaum mengikut acuan Malaysia seperti apa. Anda tentukan.



P.S : I'd love to meet you on Twitter : here

And if you enjoy this post, please consider sharing it on Facebook or Twitter below
Powered by Blogger.