Budaya Buli atau Masalah Jiwa

Seringkali apabila kita melihat satu berita tentang buli yang mengakibat cedera parah atau kematian pasti menjadi berita utama di media akhbar dan berita nasional. Di tambah dengan ledakan media sosial menjadikan beritu buli menjadi berita utama dan viral sehingga mendapat beribu-beribu like dan view.

Kemudian selepas sebulan, berita ini menjadi lama-lama kelam dan tinggal terus dengan berita-berita yang baru. Soalnya adakah Isu Buli ini dapat dibasmikan terus atau kita menunggu untuk episod duka yang  baru?

Isu buli ini boleh berlaku sama ada pelajar asrama atau bukan asrama. Tidak kira ia berlaku di dalam sekolah ataupun di dalam sekolah.  Sebelum kita melihat kepada  isu ini lebih mendalam, baik kita lihat kepada ‘Root Cause’ iaitu punca-punca mengapa ia berlaku.

Kurang Kasih Sayang

Adakah Si Pelaku ini kurang kasih sayang atau kurang perhatian dari keluarga. Kadang-kadang apabila berlaku gejala sosial ini kita kena lihat bagaimana didikan keluarga itu sendiri. Adalah pelaku itu datang dari keluarga bermasalah seperti perceraian ibu bapa atau ibu bapa kurang memberi perhatian kerana kesibukan bekerja. Atau ibu bapa sendiri bermasalah seperti  terlibat dengan penagihan dadah. Ini antara punca-punca yang kita boleh kaji bagi Si Pelaku mungkin kerana mereka inginkan perhatian dan keseronakan yang selama ini mereka cari tidak ada dalam sebuah keluarga.

Di samping itu dengan rumah yang tidak kondusif adalah antara faktor di mana mereka mencari jalan kebahagian dengan melibatkan diri dengan gejala yang tidak sihat diluar rumah. Sebagai aktivitis belia yang terlibat dengan memberi bantuan kepada keluarga yang kurang berkemampuan, saya melihat rumah-rumah yang sedia ada tidak kondusif dalam membesarkan anak yang ramai di rumah ke rumah-rumah flat. Ada juga keluarga yang menyewa bilik sahaja akibat sumber pendapatan yang terhad.

Bijak Tidak Bermaksud Emosinya Bijak Juga

Berbalik kepada kurang kasih sayang, kadang-kadang Si Pelaku ini ada yang datang dari keluarga yang baik namun mengapa perkara ini masih berlaku? Adakah mereka kurang kasih sayang akibat kesibukan ibu bapa menyebabkan mereka kurang diberi perhatian? Banyak aspek yang perlu kita lihat di sini kerana tingkah laku ibu bapa mempengaruhi tindak tanduk mereka.
Akibatnya mereka mudah terpengaruh dengan rakan sebaya untuk melakukan perkara-pekara yang tidak baik. Ajakkan demi ajakkan rakan sebaya menyebabkan mereka mudah terpengaruh. Apatah lagi perasaan untuk rasa hebat seperti mempunyai kawan yang ramai atau kumpulan kawan yang ramai menambahkan lagi rasa ego dan kuat dikalangan mereka.

Peranan Guru Lemah?

Kita tidak boleh menyalahkan guru 100% daripada masalah buli ini tetapi mereka ini lah benteng terakhir untuk mengawal masalah gejala sosial seperti buli. Namun dengan kuasa yang terhad dan bebanan tugas mengajar bolehkah mereka membendung masalah ini?

Guru tidak boleh menghukum murid-murid sesuka hati apatah lagi untuk merotan kerana ibu bapa sekarang sudah pandai memukul atau menyaman guru. Menyebabkan golong guru takut untuk menghukum murid. Namun perlunya peranan guru dipertingkatkan dalam membendung masalah buli ini kerana guru-guru ini setiap hari melihat anak murid mereka. Setiap perubahan sikap dan tingkah laku murid-murid mudah dikesan oleh guru mereka.

Bolehkah kita memberi kuasa penuh kepada guru-guru dalam mendidik anak kita? Inilah cabaran guru masa kini. Selain mengajar ada juga guru dilantik menjadi warden asrama. Besar tanggungjawab menjadi warden asrama dalam menjaga keharmonian murid-murid yang tinggal di asrama.

Didikan Agama

Didikan agama amat penting dalam pembinaan peribadi manusia. Namun adakah kita sedar akan murid-murid ini menjaga solat mereka. Bagaimana didikan agama mereka di sekolah dan di rumah. Ini harus kita lihat dari aspek rohani iaitu didikan agama.  Agama adalah tunjang kepada peribadi manusia dalam menguruskan urusan dunia dan akhirat. Tingkah laku ibu bapa dalam didikan agama mempengaruhi tingkah laku murid-murid dalam melaksanakan perintah agama seperti solat dan lain-lain perkara.

Selain itu konsep dosa dan pahala itu perlu ditekankan kepada semua pelajar supaya mereka paham setiap perkara yang dilakukan akan menerima balasannya. Yang pasti hubungan ukhwah sesama manusia akan musnah akibat pelaku buli ini dan masyarakat akan memandang serong terhadap pembuli. Oleh itu jiwa-jiwa murid-murid ini perlu sentiasa diterapkan dengan nilai-nilai agama dan perkara yang baik.  Tanpa didikan berterusan murid-murid mudah terpengaruh dengan gejala sosial.

Sumber Gambar freemalaysiatoday.com


P.S : I'd love to meet you on Twitter : here

And if you enjoy this post, please consider sharing it on Facebook or Twitter below
Powered by Blogger.