SEKITAR MAJLIS PERHIMPUNAN AGUNG TAHUNAN MYHA KE 7 (59) BAGI TAHUN 2017




Satu pengalaman bermakna bagi saya mengendalikan mesyuarat yang besar sebegini kerana ini adalah pertama kali saya mengendalikan mesyuarat ini dan satu task yang besar selaku Presiden MYHA Wilayah Persekutuan.

1. Sebanyak 3 kali mesyuarat diadakan dan mesyuarat terakhir adalah 2 hari sebelum tarikh kejadian. Meeting Pra MPAT amat penting sekali sbg check n balance mana yang kurang.


2. Perkara yang jd last minit apabila tiada confirmation VIP atau Perasmi seawal mungkin. Kesan dari itu tiada nama pada bunting, backdrop dan dokumen mesyuarat tidak dpt disediakan seawal mungkin.

3. Perkara yg jd last minit kerana perwakilan sering berubah2 nama secara last minit secara tidak lansung menjejaskan sikit perjalanan namun dapat di atasi dari segi penginapan dan juga makanan.

4. Pembahagian tugas adalah penting kepada setiap orang yang dipertanggungjawab. Yakin dan berikan tunjuk ajar kpd mereka.

5. Setiap Pemimpin harus bersedia mengambil tugasan walaupun dalam keadaan ad-hoc.

6. Yakin dan sentiasa memberi kata-kata semangat kepada setiap ahli jawatankuasa.

7. Masalah tetap akan ada yang penting jangan cepat melatah dan bertindak dengan pantas setiap masalah yang dihadapi.

8. Sentiasa senyum dan berkomunikasi dgn baik walaupun letih dan tertekan

9. Sentiasa rujuk dan berbincang dengan orang yang lebih berpengalaman sebagai panduan kita dalam mengendalikan mesyuarat.

10. Hasrat dihati harus disampaikan secara terus-terang. Jangan biarkan ia kekaburan kerana ia akan menyebabkan salah faham.

11. Sepakat akan berlaku apabila kedua-dua belah pihak bersetuju dengan apa yang direncanakan.

Muiz Misri
Ketua Penerangan MYHA Kebangsaan
Presiden MYHA Wilayah Persekutuan.


P.S : I'd love to meet you on Twitter : here

And if you enjoy this post, please consider sharing it on Facebook or Twitter below
Powered by Blogger.