Ekspresi Negaraku Memupuk Perasaan Sayangkan Negara


Program Ekspresi Negaraku adalah program untuk menyemarakkan rasa cinta rakyat Malaysia atau semangat patrotisme kepada negara. Sebelum ini memang rakyat Malaysia memang cintakan negara tetapi dengan adanya program sebegini adalah untuk menyemarakkan rasa cinta rakyat Malaysia lebih mendalam kepada negara melalui maksud sebenar lagu kebangsaan itu Negarku dan bukan sekadar tahu menyanyikan .

Saban tahun negara Malaysia sering diuji dengan pelbagai cabaran dan dugaaan, Dan yang terbaru adalah isu pembunuhan oleh rakyat Korea Selatan. Di sini kita boleh lihat bagaimana rakyat Malaysia kursusnya dikalangan anak muda mempertahankan negara dalam memahami isu geopolitik negara. Apa jua fahaman ideologi dan politik seharus kita berpegang teguh mempertahankan negara dari anasir luar.

Program Ekpresi Negaraku yang dianjurkan antaranya adalah merupakan satu daripada lima tiang utama inisiatif Negaraku yang bertujuan :
  1. Menyemarakkan semangat kebangsaan terhadap negara tersayang
  2. Menyemarakkan semangat cinta negara dalam diri rakyat
  3. Meningkatkan aspirasi tanah air dalam kalangan rakyat
  4. Memupuk sifat rakyat untuk yakin dengan potensi negara
  5. Mengetepikan sebarang perbezaan serta bersatu hati untuk membentuk negara yang lebih makmur dan berjaya.
Adakah dengan adanya satu program Ekspresi Negaraku cukup untuk menyemarakkan rasa cinta Negaraku di kalangan rakyat? Dengar cerita program ini akan ada bersiri ke tempat-tempat lain.

Berbalik kepada persoalan tadi adakah cukup dengan satu program? Mungkin melalui program ini golongan muda mendapat idea bagaimana hendak menzahirkan perasaan cintakan negara seperti yang dikongsikan dalam program ini antaranya adalah kisah-kisah kejayaan rakyat Malaysia di dalam dan di luar negara. Mengapa golong muda penting mencintai negara? Kerana mereka ini bakal menggantikan pemimpin sedia ada yang akan mempertahankan negara, Oleh itu pentingnya golongan muda ini mempunyai jati diri yang tinggi


Di samping itu semua pihak memainkan peranankan peranan penting dalam memupuk golong muda dalam cintakan Negaraku. Antaranya ialah

Peranan Keluarga Ibu Bapa :

Ibu Bapa adalah golongan paling dekat dengan anak-anak dengan berkongsikan nilai-nilai murni contoh mengajar anak tidak membuang sampah merata-ratakan tempat. Harus bermula dengan perkara-perkara kecil itu kemudian barulah pergi kepada perkara yang lebih besar. Nampak kecil tetapi impak dia besar kepada negara kerana secara tidak lansung dapat membentuk peribadi rakyat Malaysia ke arah negara yang bersih kerana sayangkan negara dan mahu melihat negara itu bersih.

Peranan Kerajaan :

Di Pihak Kerajaan melalui program-program rakyat dan menguatkuasakan polisi kerajaan. Antara perkara yang boleh diwajibkan adalah menjiwai lagu negara bukan melalui acara rasmi sebalik acara tidak rasmi. Berdasarkan pengalaman saya di negara Thailand setiap pagi stesen keretapi mereka akan berkumandang lagu kebangsaan mereka

Peranan Media Massa :

Menyiarkan cerita berunsurkan sejarah dan perjuangan negara bukan hanya pada bulan kemerdekaan sahaja. Produksi-produksi drama dan filem menerbitkan cerita berunsurkan nilai-nilai murni dan cintakan negara. Iklan-iklan yang berbentuk perpaduan dan cintakan negara. Itu semua penting sebahagian dari platform membentuk pemikiran anak muda.

Peranan Institusi Pendidikan :

Bagi golongan pendidikan pula adalah melihat semula subjek-subjek atau modul-modul adakah masih relevan lagi sesuai dengan zaman 4gLTE. Selain itu konteks pengajaran dan pembelajaran itu perlu dilihat semula dalam mencari kaedah yang terbaik untuk memupuk semangat cintakan negara.

Gerakan Ekspresi Negaraku telah dimulakan oleh pihak kerajaan dan seterusnya pelaksanaan oleh pihak berkepentingan baik badan kerajaan mahupun pihak swasta perlu disampaikan terus kepada golongan sasaran.

Sudahkan anda mengambil peranan dalam memupuk Semangat Cintakan Negara?

Apakah Ekspresi Negaraku anda?







P.S : I'd love to meet you on Twitter : here

And if you enjoy this post, please consider sharing it on Facebook or Twitter below
Powered by Blogger.