MPBN 2016 Memberi Sinar Harapan untuk Golongan Belia Menyuarakan Pandangan

November 3, Majlis Perudingan Belia Negara (MPBN) adalah medan terbaik untuk belia menyuarakan pandangan dan cadangan terus kepada agensi kerajaan yang terlibat. Daripada kita terus menghentam tanpa bukti yang sahih apasalahnya kita gunakan platform ini melalui persatuan belia untuk menyuarakan rasa tidak puashati terus kepada agensi kerajaan.

Tetapi bukan sekadar cakap sahaja tetapi mestilah berdasarkan fakta, bukti atau contoh untuk kita melontarkan padangan kepada agensi kerajaan. Sebagai pemerhati dalam MPBN kali ini banyak perkara sebenarnya agensi kerajaan yang banyak membantu golongan belia namun ada banyak perkara yang boleh diperbaiki dengan usahasama persatuan belia sebagai strategik partnership.

Untuk pengetahuan anda Majlis Perundingan Belia Negara merupakan BADAN PERUNDINGAN TERTINGGI BELIA NEGARA. Ia merupakan platform formal dan terbaik untuk pemimpin belia berbincang berunding berdebat dan tawar menawar dengan pihak Kerajaan dan agensinya berkaitan pembangunan belia kerana ini termaktub dalam Artikel 3 Perlembagaan MPBN dan dikuasakan melalui Akta Pertubuhan Belia dan Pembangunan Belia 2007 (Akta 668, Seksyen 35-48) menjamin fungsi utamanya.

Antara usul yang cadangkan adalah seperti berikut :
  • Usul Dasar & Polisi - Pelaksanaan Cukai Barang Dan Perkhidmatan (GST) Bagi Industri Automotof
  • Usul Dasar & Polisi - Pelaksanaan Cukai Barang Dan Perkhidmatan (GST) Untuk Pembayaran Perkhidmatan
  • Usul Dasar & Polisi - Pengangguran Di Kalangan Siswazah Baru
  • Usul Ekonomi Belia - Sekuriti Makanan (Food Security)
  • Usul Pendidikan & Kemahiran - Revolusi Industri 4.0 Dalam Pendidikan Akademik & Kemahiran
  • Usul Sosial Sukan & Kesihatan - Kesihatan Mental Khususnya Di Kalangan Belia
  • Usul Sosial, Sukan & Kesihatan - Gangguan Pemakanan

Selepas 7 usul didebatkan disusuli dengan Pembentangan Cadangan oleh perwakilan iaitu 
  1. Pembentangan Pekerja Belia
  2. Pembentangan Cadangan Penubuhan Tunas Belia Di Peringkat Sekolah 

 

Saya amat tertarik dengan cadang penubuhan Tunas Belia namun saya merasakan agak sukar dilaksanakan kerana terdapat kuasa yang boleh menghalang antaranya Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG). Selain itu kebergantungan kepada penerimaan pihak sekolah seperti pertubuhan belia yang berasaskan uniform Pengakap, Pandu Puteri, Puteri Islam, St John, Bulan Sabit Merah dll tidak semuanya sekolah melaksanakannya. Jika diwajibkan adakah Tunas Belia ini mendapat keistemewaan berbanding persatuan belia yang berasaskan uniform.

Bagi persatuan yang berasaskan uniform dibawah agensi kerajaan tiada masalah dari segi latihan kerana semuanya ditanggung oleh agensi yang terlibat seperti Kadet Bomba, Kadet Polis, Kadet Bersatu, Kadet Remaja di mana pihak agensi yang terlibat akan menghantar pegawai untuk melatih mereka. Oleh yang demikian pegawai yang dihantar itu adalah orang yang dibayar gaji.

Selain itu masa perjumpaan kokurikulum berlaku pada hari persekolahan atau hari minggu. Sekarang ini mengikut budi bicara sekolah atau jabatan pendidikan. Jika dilakukan pada waktu sekolah sukerelawan seperti pengakap kelana atau badan beruniform memang tidak dapat turun membantu persatuan tersebut kerana komitmen kerja. Lain lah seperti kadet bomba dll yang membantu mereka adalah pegawai yang dibayar gaji. So boleh diarahkan bila-bila waktu untuk membantu pihak sekolah.

So bagaimana pula pelaksanaan Tunas Belia? Siapakah bakal-bakal sukarewalan yang terlibat? Di harap pihak pencadang dapat berbincang dengan sebaik-baiknya dengan semua yang terlibat kerana perkara ini adalah dibawah Kementerian Pelajaran sedangkan isu pelajar duduk di lantai pun PIBG dah melalak.










Bersama Presiden GPMS

Usul yang dibawa oleh Timbalan Presiden MYHA
Bersama Timbalan Presiden MYHA

Rakan Seperjuangan dalam Persekutuan Pengakap Malaysia





Majlis Perudingan Belia Negara (MPBN) Peringkat Kawasan Cheras
Bermula di Peringkat Kawasan, Kemudian di Peringkat Negeri dan Kemudian di Peringkat Kebangsaan




P.S : I'd love to meet you on Twitter : here

And if you enjoy this post, please consider sharing it on Facebook or Twitter below
Powered by Blogger.