Wednesday, September 7, 2016

Dialog Pemuda Malaysia Indonesia (MALINDO) 2016



Laporan  Wakil MYHA di Dialog Pemuda Malaysia Indonesia (MALINDO) 2016 Di Batam Indonesia.

Pada 5 - 7 Ogos 2016 seramai 24 peserta dialog terdiri dari pelbagai persatuan diantaranya Gerakan Belia 45, PKPIM, Pengakap dan juga wakil Majlis Belia Negeri Selangor, Negeri Sembilan, Johor dan Wilayah Persekutuan. Dari MYHA diwakili oleh saudara Mohd Faiz bin Mohd Zin (SUA Kebangsaan) dan Abdul Muiz Misri (Exco Kebangsaan). Antara perkara yang dibincangkan :

Dialog 1 : Regionalisasi dan Globalisasi Ekonomi, Tantangan, Peluang, dan Posisi Pemuda Indonesia Malaysia

Dialog 2 : Indonesia - Malaysia dalam Rajutan Sejarah dan Budaya Nusantara, Modal Sosial Mengokoh

Dialog 3 :  Menumbuhkembang Kepemudaan Indonesia Indonesia dan Malaysia dalam Rangka Menjaga Stabilitas Lintas Udara.

Dialog 4 : Pemuda Malindoa, Membangun Strategi Kebudayaan dan Merawat Tradisi Berlanjutan

Dialog 5 : Peranan Pemuda dalam Pemberatasan NARKOBA Lintas Negara.

Di pihak MYHA saudara Mohd Faiz telah berkongsikan pandangan kepentingan industri pelancongan bagi kedua-dua belah pihak dari sudut pembangunan ekonomi dan keusahawanan bagi Belia di Malaysia dan Indonesia.

Manakala bagi saudara Abdul Muiz berkongsi pandangan dan pengalaman dalam pelaksanaan bersama agensi kerajaan dalam membasmi penyalahgunaan dadah dan masalah sosial terutama di kawasan bandar melalui Majlis Perunding Belia Kawasan.

Pada hari terakhir, hasil Resolusi Dialog Pemuda Malaysia Indonesia (MALINDO) telah dirumuskan bersama secara harmoni dan mencapai sepakat dalam beberapa perkara antaranya:

1. Memperjuangkan bahasa ( indonesia/malaysia atau dikenali bahasa nusantara sebagai bahasa internasional rasmi nombor 7  di dunia.

2. Mencegah penyalahgunaan dadah/ Narkoba di antara dua negara.

3. Mencegah muncul dan berkembangnya terorisme dan radikalisme khususnya dikalangan pemuda.

4. Melaksanakan kegiatan kerjasama dibidang ekonomi dan entrepreneurship dikalangan pemuda.

5. Mendorong dan memperluaskan kerjasama kepemudaan ditingkat provinsi/ negeri dalam membangun sinergi dan partisipasi dikalangan pemuda.

" Kesepakatan akan diwujudkan dalam satu komite bersama yang di sebut PEMUDA MALINDO"

Di pihak MYHA saudara Abdul Muiz telah mencadangkan ditubuhkan Dewan Perniagaan Belia Malaysia Malaysia untuk dimasukkan sebagai salah satu Resolusi Dialog Pemuda MALINDO.

Perkara- perkara yang tersebut (Resolusi) akan dibincangkan secara mendalam (action plan) di peringkat MBM dan KNPI sendiri kemudian akan turun ke persatuan-persatuan  belia dan  majlis belia negeri. Sebagai langkah persediaan pihak MYHA harus menubuhkan jawatankuasa MALINDO sebagai kelansungan Dialog Pemuda Malaysia Indonesia.

Dari pihak peserta dialog MYHA sendiri telah memberikan sumbangan dan komitmen terbaik sepanjang program berlansung demi MYHA dan negara tercinta. Semoga MYHA terus menyokong program pertukaran belia dan menyediakan peserta - peserta muda yang kompeten.

Laporan dari Delagasi MYHA:
1. SUA
Mohd Faiz bin Mohd Zin
2.Exco Kebangsaan
Abdul Muiz Misri 2016

A photo posted by Muiz Misri (@muizwanderlust) on


A photo posted by Muiz Misri (@muizwanderlust) on


A photo posted by Muiz Misri (@muizwanderlust) on



P.S : I'd love to meet you on Twitter : here

And if you enjoy this post, please consider sharing it on Facebook or Twitter below

Saya adalah blogger bagi MalaysiaBackpackers.Com dan SifuBlog.Com . Kerana minat mendalam dalam blogging saya telah menghasilkan beberapa ebook. Selain dari blog saya juga adalah usahawan printing baju di PrintingBajuOnline.Com. Masa saya banyak dihabiskan untuk blog dan aktiviti kesukarelawan

Related Posts