Zack Kapcai Buat Aku Gelak Walaupun Aku Serius



Saya berterus-terang yang sebenarnya jarang menonton wayang kerana satu tiada lagi kawan-kawan yang nak ajak saya tengok wayang dan maybe masing-masing dah sibuk dengan keluarga, so takkan nak tengok sorang diri. Rasa macam loser pulak hehehe.

Peluang untuk menonton Movie Day Out Bersama Blogger memang tak akan lepas, walaupun terlambat sikit tapi sempat di sediakan oleh pihak penganjur oleh MIG. Seperti yang kita tahu Penerbit David Teo pun ada sekali hadir pada Movie Day Out.

Mesti ramai orang tahu movie yang dikeluarkan oleh David Teo macam mana tetapi saya cuba melihat dengan hati yang terbuka kerana minat kalau mononton di panggung wayang movie aksi dan berat. Kalau rasa nak happy2 dengan tengok movie hantu.

Berbalik kepada movie Zack Kapcai ni mengisah tentang Zack (Fad Bocey) yang sangat suka berlumba motor. Namun minat main motor di tentang keras oleh ibunya Minah (Serina Redzuawan). Ini kerana kenangan silam dengan suamiya  Rudy Raja Kapcai juga ayah kepada Zack , rumahtangga Minah dan Rudy berkecai.


Selepas Zack menang motor semasa perlumbaan haram, Zack membuat keputusan untuk pergi ke Kuala Lumpur apabila terjumpa poster lama Rudy (Rahim Sepahtu) "Raja Kapcai Akhiri Zaman Bujang" Zack jadi teruja untuk menjejaki ayah dan Tasha adik kandungnya yang telah lama terpisah.


Apakah kesudahanya ? Korang layan lah di pawagam sekarang! Tapi movie tidak sesuai untuk orang yang ingin movie yang complected atau yang berat-berat. Untuk santai-santai dengan kawan-kawan dan ahli keluarga memang bestlah .


Aksi yang seimbang dan ada lawak-lawak dan aksi lumba motor. Malam tu memang letih rasa macam stress, so dapat layan movie macam ni bolehlah buat hidup ini penuh dengan gelak tawa hahaha. Tapi mood kacau sikit sebab tengah layan movie tiba-tiba pelakon Julia Marin yang melakon watak Tasha adik kandung Zack. Bayangkan padang depan lepas tu pandang kanan ini ke Julia Marin hahaha.







So movie sudah berada di pawagam sejak 14 Julai 2016, so korang layan lah dulu cerita ni yer. Gerak lu paper roger!




P.S : I'd love to meet you on Twitter : here

And if you enjoy this post, please consider sharing it on Facebook or Twitter below
Powered by Blogger.