Saturday, July 16, 2016

Travel adapter yang memudahkan hp dan gadget kita

Seringkali perkara yang perlu difikirkan jika pergi travel mesti kita akan fikir gadget yang dibawa. Jika banyak yang bawa maka banyak adapter nak kena bawa dan secara tidak lansung menambah beban beg kita. Ada yang lebih extrem dia akan bawa extension wayar  tetapi setakat ini saya masih belum pernah bawah lagi lah, berat beg saya.
Biasa bila saya travel, saya akan bawa gadget seperti handphone, ipad, powerbank, Kamera DLSR atau Xiomi Yi Cam seperti gambar di bawah. Mesti banyakkan, biasalah nak tangkap gambar moment2 yang penting dan menarik.
Tetapi masalah lain akan ditimbul di mana saya perlu membawa adapter yang banyak jika saya hendak charge dalam masa yang sama. Perkara ini berlaku kepada saya semasa saya travel Indochina selama 28 hari di 5 negara di mana saya terpaksa charge satu demi satu device. Gadget yang paling penting bg saya ketika itu adalah Ipad kerana saya menggunakan Offline Digital Map.
Semua yang berkaitan travel dan aplikasi travel memang saya gunakan Ipad. So keutamaan adalah Ipad berbanding Handpone. Dengan screen yang besar, saya lagi puas untuk melihat digital map berbanding handphone. So bila nak charge pasti saya akan utamakan Ipad. Di sebabkan itu ada yang saya tidak sempat charge bateri kamera seperti berlaku pada saya di Hanoi. Akhir saya terpaksa mengambil gambar menggunakan Xiomi Yi dalam muzium walhal tidak sesuai sekali.
Nampak tak gambar di bawah berapa adapter mobile device yang perlu dibawa. Belum lagi universal adapter yang guna untuk semua negara.

Tetapi setelah menggunakan INNERGIE Life Hub Plus jadi lebih mudah nak charge kerana mempunyai mekanisma Super Speed Charging Hub atau dengan kata lebih mudah tempoh masa untuk charge device jadi lebih cepat selaju adapter original walapun kita berkongsi sehingga 3 device.




Memang saya sangat perlukan INNERGIE Life Hub untuk travel saya. Cuma saya tidak sempat nak gunakan masa balik raya sebab kampung pun dekat di Ijok so balik hari. Hanya gunakan di rumah sahaja untuk charge sekali 2 device. Tetapi berdasarkan pengalaman travel INNERGIE ini akan membantu saya untuk charge pelbagai device sebagai seorang traveller dan juga blogger.
Selain itu percayalah INNERGIE ini juga boleh buat korang tackle awek-awek backpackers kerana korang boleh ajak mereka share kongsi device ini bersama kalau korang guna satu ada lagi 2 kosong. Memang selalunya power plug dekat hostel backpackes ini terhad terutama di tempat awam seperti cafe dan meja makan yang disediakan hostel backpackers.
Kadang-kadang mereka suka lepak sambil layan internet dan facebook sambil charge handphone mereka. So masa ini lah korang tackle mereka dengan INNERGIE ni. Semoga berjaya dapat awek hehehe.
INNERGIE Life Hub Plus belum lagi berada di pasaran dan akan dilunch dalam masa terdekat sabar yer. Tunggu yer.
Untuk maklumat mengenai INNERGIE Life Hub Plus boleh rujuk di sini http://www.myinnergie.com/us/product/11

P.S : I'd love to meet you on Twitter : here

And if you enjoy this post, please consider sharing it on Facebook or Twitter below

Saya adalah blogger bagi MalaysiaBackpackers.Com dan SifuBlog.Com . Kerana minat mendalam dalam blogging saya telah menghasilkan beberapa ebook. Selain dari blog saya juga adalah usahawan printing baju di PrintingBajuOnline.Com. Masa saya banyak dihabiskan untuk blog dan aktiviti kesukarelawan

Related Posts