Kadar parking naik di kuala Lumpur

Adakah anda setuju dengan tindakan DBKL menaikkan kadar parking dengan alasan untuk mengurangkan kesesakan jalan raya di KL dan memaksa rakyat menggunakan pengangkutan awam?
Mari buat perbandingkan dalam negara.
1. Kerajaan selangor memaksa no plastic on every saturday. Kalau nak plastik kena bayar entah berapa sen. Sama juga seperti negeri Pulau Pinang. Negeri lain I'm not sure. But nilai murah so rakyat tidak bising walaupun terpaksa beli alaaa berapa sen sangat.
2. Kerajaan telah mewajibkan sampah diasingkan demi alam sekitar. Rakyat tidak membantah kerana tidak perlukan keluarkan wang sebaliknya kena ubah sikap dan put afford untuk asingkan sampah. Kalau tidak buat nanti akan di saman.
3. Kerajan negeri Selangor masih dalam pertimbangan tetapi setakat ini usaha mereka melalui Rukun Tetangga. Jika AJK Rukun Tetangga proaktif dengan menjaga kebersihan, kerajaan negeri Sel akan bagi wang dan tong sampah warna oren untuk untuk setiap rumah.
Bagaimana dengan Negara Maju? Berdasarkan kajian ringkas yang pernah saya lakukan terhadap dua negara Singapura dan UK (London)
1. Sistem parking yang dipakai di London adalah mengikut model sistem pangankutan dari Singapura.
2. Mengikut pengetahuan saya di Singapura ada macam2 warna plate kereta tetapi yang saya ingat 3 warna Kereta Batman ( Plate kereta warna Hitam), Plat Kereta Kuning dan Merah. Kalau warna merah ni hanya hari minggu sahaja.
3. Di Singapore, cukai berbeza bukan sekadar mengikut CC tetapi mereka mengikut kepada kegunaan kereta itu. Dari No plate sudah tahu apa kegunaannya. Jika kereta batman pasti murah berbanding kereta plate berwarna kuning atau merah.
4. Di Singapore terdapat tol apabila masuk ke bandar tanpa palang dan hanya menggunakan scanner berkuasa tinggi.
5. DI Guangzhaou, motorsikal menggunakan petrol diharamkan kerana pencemaran udara sangat teruk di sana.
Mari kita lihat sistem pengangkutan awam di Malaysia.
1. Adakah teruk? Sistem pengangkutan di KL sedang dalam proses penambahan koc dan menambahkan laluan
2. Projek laluan bas dan teksi sahaja gagal mendapat tempat kerana rakyat masih selesa menggunakan kenderaan sendiri. Gagal juga projek ini kerana terdapat kenderaan biasa menggunakan laluan khas untuk pengangkutan awam.
3. Sistem Park and Ride yang dibuat masih terdapat kekurangan kerana ruang parking yang terhad dan mahal untuk satu hari parking.
4.Sistem pembayaran MRT dan LRT juga mempunyai kad ketaatan dan faedah yang berbeza utk 7 hari , 30 hari dll. Jika pakai kad Touch & Go x dpt apa2 benefit, bayar sama jer.

5. Anda ada cadangan lain bagi mengurangkan kesesakan jalan raya?



P.S : I'd love to meet you on Twitter : here

And if you enjoy this post, please consider sharing it on Facebook or Twitter below
Powered by Blogger.