Tuesday, February 3, 2015

PROGRAM PELAYARAN KLD TUNAS SAMUDERA (SKIM BELIA) 2015

Assalamualaikum kepada semua yang selalu follow gua punya blog ini yang kadang-kadang tak beberapa best hahahah. Rasa macam dah bersarang blog ini maklumlah sibuk dengan beberapa perkara yang tidak dapat dielakkan. Walaubagaimanapun untuk tahun ini  gua akan cuba selalu update blog ini sekurang-kurangya seminggu sekali dwi bahasa kerana bermula tahun ini gua agak kelapangan sedikit dan mempunya masa untuk berfikir dunia blog dan social media.

Cukup cerita tentang gua, so untuk post pertama for this year gua nak share tentang Program Pelayaran KLD Tunas Samudera kenapa gua nak share sebab baru-baru ini tawaran program telah dibuka pada tahun 2015 . So gua nak share serba ringkas sedikit berdasarkan pengalaman gua yang telah menyertai program ini pada tahun 2012 pelayaran ke 280.

Kapal Layar Diraja (KLD) Tunas Samudera adalah satu program anjuran bersama antara Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dengan kerjasama TLDM . Untuk pengetahuan anda progran ini adalah diasaskan oleh bekas perdana menteri kita Tun Dr Mahathir yang  mahukan belia-belia ketika itu didedahkan ilmu-ilmu pelayaran. Program ini adalah dibawah kelolaan Bahagian Pembangunan Belia dan Kapal layar ini berfungsi sebagai kapal layar latihan.

Tujuan utama program ini ialah untuk memberi peluang kepada belia-belia untuk mengenali kehidupan Maritim. Disamping itu juga, peserta akan diajar cara pelayaran, ketahanan mental dan fizikal, membina jati diri, disiplin,membina semangat setiakawan dan kerjasama. Program ini telah dirancang untuk memberi peluang pengembaraan yang menarik semasa berada diatas kapal. Program ini akan memakan masa selamam 14 hari di mana 10 hari atas kapal dan 4 hari orentasi.

Antara aktiviti semasa di atas kapal :
  • Ice-breaking antara peserta dan krew kapal
  • Penerangan mengenai kapal
  • Pengenalan kepada jenis-jenis layar
  • General dril
  • General kuiz
  • Ikatan tali
  • Kecergasan diri (memanjat tiang layar setinggi 30m)
  • Permainan indoor dan outdoor
  • Malam kebudayaan ( melalak sempai pagi)
  • Pertandingan logo dan motto
  • Look - out
  • Pengendalian kapal layar
  • Latihan menembak
  • Mempelajari bahasa dilaut
  • Mempelajari tiupan wisel 
  • Bertugas di "Galley" aka dapur
  • Tugasan di 'Sunset'
  • Tugasan pagi
  • Happy hours (memang happy dan santai jer time ini hahhaa)
  • Latihan Kecemasan.
Seribu satu pengalaman tidak dapat gua lupakan dalam program ini sama ada duka atau pun gembira. Antaranya gua rasa sebak semasa orentasi kerana gua rasa ahli kumpulan tidak menghormati dan memberi kerjasama yang dengan gua dan ahli yang lain menyebabkan rakit kumpulan gua hanyut. Secara tidak lansung seluruh program orentasi terganggu. 

Semasa program di atas kapal gua dilantik sebagai Penghulu ini semua atas rancangan ketua kumpulan kecil yang gua tidak tahu dan paling penting sekali gua dapat menyelesaikan kes barang hilang , jika tidak selesai pada hari itu juga memang semua peserta tidak boleh masuk pulau langkawi. Gua sangat berpuas hati dan lega apabila kes itu selesai dalam masa 24 jam dan diplomasi gua dengan Trainner Officer (TO)  dan XO untuk menyelesaikan kes itu memberi keyakinan kepada mereka. Paling menajubkan apabila  pertandingan memanjat tiang di mana semasa proses pas baton gua kena menunggu peserta lain pas baton dan gua kena tunggu di "Top Gallant". Sambil tunggu tu gua layan 100plus sambil layan view laut di tengah samudera. Sungguh mengasyikkan !

3 perkara yang gua belajar dalam program ini adalah :

Adaptasi : Menyesuaikan diri dalam apa jua keadaan dan suasana kerana keadaan di laut boleh beruabah-ubah dari segi cuaca dan angin.

'Be Prepared' : Apabila cuaca tidak menentu kita hendaklah sentiasa bersedia melakukan sesuatu  berdasarkan arahan dan perkara yang perlu dilakukan mengikut SOP.

Patuh : Menurut perintah pada satu 'command'. Apabila berada di atas kapal nanti anda akan mendengar pelbagai arahan , maka anda kena selidik dan pastikan arahan yang betul dan benar. Petua yang diberi adalah patuh pada arahan yang pertama sekali.

Program ini adalah untuk golongan belia yang aktif dalam persatuan belia, berumur 18 - 30 tahun dan hendaklah mendapat pengesahan dari persatuan yang diwakili. Selain itu perlu mendapat kelulusan dari majikan bagi belia yang bekerja.

Untuk memohon bagi tahun 2015 boleh layari di website ini Program KLD Tunas Samudera (Skim Belia) 2015

Tarikh akhir permohonan adalah pada 20 Februari 2015. Apa lagi cepat lah mohon.

All the best kepada yang berjaya terpilih! 







Untuk cerita related to KLD boleh klik di sini KLD Tunas Samudera

P.S : I'd love to meet you on Twitter : here

And if you enjoy this post, please consider sharing it on Facebook or Twitter below

Saya adalah blogger bagi MalaysiaBackpackers.Com dan SifuBlog.Com . Kerana minat mendalam dalam blogging saya telah menghasilkan beberapa ebook. Selain dari blog saya juga adalah usahawan printing baju di PrintingBajuOnline.Com. Masa saya banyak dihabiskan untuk blog dan aktiviti kesukarelawan

Related Posts

0 Your comments:

Speak Your Mind And Heart