Thursday, December 18, 2014

Apa salah mereka and why so serious ?

Orang kata muka dan kulit aku mcm orang Philippines , ada kata mcm Indonesia , ada kata mcm Singapura , ada kata macam Thailanda, ada kata macam Cambodia senang citer mcm orang ASIA . Tetapi Masih tiada lagi orang cakap muka dan kulit aku mcm orang Hawaii hahaha.Sebagai observer dan kadang2 ada memberi pandangan dlm group backpackers dan travel kadang2 aku rasa ada sebilangan kecil manusia suka mempertikaikan tindakan orang lain seolah-olah mereka ini rasa HEBAT sangat kerana dah banyak tempat mereka pergi atau tempat yg mereka pergi itu mereka rasa mereka paling OTAI. Walhal ada orang yang lagi hebat dari kita. Sepatutnya sebagai seorang TRAVELLER atau Backpackers menjadikan kita lebih matang dan berfikiran terbuka dalam menerima pendapat dan menilai seseorang itu.
1. Mengapa kita perlu pertikaikan orang yang travel pakai beg TARIK, janji dia travel dan adakala travel lebih jauh dari kita. Ada member Philippines aku travel 10 hari travel ke Myanmar , Thailand dan Malaysia dgn beg tarik, Akhirnya dia belajar sesuatu yang dia perlu menggunakan HAVERSACK jika travel untuk tempoh yg lama.
2.Apa salahnya mereka hendak duduk hotel berbanding budget hotel / hostel. Kalau dia nak privacy dan mampu apasalahnya duduk hotel. Tetapi jika dia hendak mingle around dgn traveller or backpacker duduk lah hostel / budget hotel / guesthouse. Member Philippines aku 1st time duduk hostel for backpackers share stories yang dia seronok duduk di situ kerana dapat mingle around and share stories trip masing2 dgn traveller dari luar dan tempatnya bersih. So dia dapat belajar sesuatu di situ bahawa hostel / budget hotel / guesthouse bahawa sebenarnya bersih dan selesa.
3. Orang kita terasa hati apabila kita tidak tegur mereka di obersea. Hati kaca sungguh lah mcm ni. Sepatutnya kita perlu rasa murah hati untuk membantu mereka apabila kita nampak mereka dalam kekalutan atau kegelisahan.Depa bukan tahu ko ni orang Malaysia sebab muka pun dah mcm Bangladesh, Mexico dll dan depa bukan tau yang hang ni kerja kat sini tah2 sama mcm mereka nak travel jugak. Sebab tu mereka prefer orang local. Aku pun jarang tegur orang Malaysia tetapi aku akan senyum jer lagi2 kalau awek aku tegurlah jika berselisih hehehe.
4. Apa itu traveller? Senang citer bermaksud mengembara dari satu tempat ke satu tempat. Ini kita senang2 jer mempertikaikan trip org tanpa alasan kukuh. Sebagai seorang traveller, pasti ada sesuatu perkara yang luar biasa ingin dilakukan tetapi masih lagi diterima akal dan logik.Tidak semua traveller akan ikut 'itinerary' kita sebab selalunya 'traveller' ada misi yang ingin dipenuhi contoh nak lepak kat masjid di setiap negara dalam masa singkat. Oleh itu sentiasalah bagi sokongan dan cadangan bernas terhadap idea mereka ini.
Nak citer lebih pun gwa rasa malu sebab wa ni biasa-biasa jer. Sebab tu wa citer kat wa punya  travel blog di www.malaysiabackpackers.com.



P.S : I'd love to meet you on Twitter : here

And if you enjoy this post, please consider sharing it on Facebook or Twitter below

Saya adalah blogger bagi MalaysiaBackpackers.Com dan SifuBlog.Com . Kerana minat mendalam dalam blogging saya telah menghasilkan beberapa ebook. Selain dari blog saya juga adalah usahawan printing baju di PrintingBajuOnline.Com. Masa saya banyak dihabiskan untuk blog dan aktiviti kesukarelawan

Related Posts