Malam Yang Indah di Jakarta

Sebenarnya kedatangan gua ke di Jakarta ini adalah untuk melihat perusahaan kain-kain dan pakaian di Tanah Abang. Sahaja tengok-tengok sambil buat kajian ringkas berdasarkan harga dan logistik.  Melalui pemerhatian aku memang murah harganya kerana di situ menjadi pusat jualan secara pukal di mana segala perusahaan di seluruh Indonesia akan dijual disitu. Gua tidak amik gambar kerana sibuk melihat apa yg berlaku di sekeliling dan juga sebagai keselamatan gua supaya tidak kelihatan sebagai pelancong.

Malam itu aku jalan-jalan di sekitar bandar Jakarta di Monas dan juga makan nasi kambing. Rasa kambing di sana berbeza di Malaysia entah aku rasa lain pada hal daging kambing juga mungkin cara masakan yang berbeza. Tetapi semasa aku baru sampai di Jakarta aku dipelawa makan di restoran Indonesia di pusat membeli belah Grand Indonesia memang sedap. Mungkin  jika di dalam mall kualiti dia terjaga tetapi pasti harganya berbeza berbanding harga makan di tepi jalan.

Jangan terkejut jika anda makan di tepi jalan ada pangamen aka pemuzik jalanan menghampiri tempat makan anda . Jumpa lagi di Jakarta.





















And if you enjoy this post, please consider sharing it on Facebook or Twitter below
Powered by Blogger.