Saturday, September 6, 2014

Barang lama ada nilai


Petang tadi gua singgah Cash Converters berdekatan rumah gua saje cuci-cuci mata mana tau ada barang baik. Belek-belek gua terjumpa CD lagu Dewa 19 original alaaa murah jer 6 hengget so gua beli. Ikutkan boleh jer tak yah beli sebab gua dah ada dah dalam format MP3 yang gua download tapi sebabkan cd original gua beli. Alaaa siapa tak pernah buat download lagu di internet , bohonglah kalau tak pernah buat hehehe by the way jangan buat yer dan gua tak sokong cetak rompak. Kalau korang nak buat itu korang punya hal. Gua ingat ingat cd ini ok la bila main ada problem pulak adoiiiii nasib tak semua lagu rosak tapi ingat setiap pembelian ada 3 hari jaminan bergantung pada barang tertentu.

Sebenarnya macam-macam  ada seperti barang elektrik dan elektronik, pinggan mangkuk tapi gua lebih suka mencari barang-barang rare yang susah nak jumpa dan ada nilai lagi tetapi susah lah nak jumpa macam dalam cerita PAWN SHOP dalam astro. Gua memang suka layan tonton dengan bapak gua , kalau dia ada mesti dia cerita pasal USA maklumlah dia dulu belajar kat sana so macam-macam cerita tentang USA.

barang yang lama jangan dikenang

Saya adalah blogger bagi MalaysiaBackpackers.Com dan SifuBlog.Com . Kerana minat mendalam dalam blogging saya telah menghasilkan beberapa ebook. Selain dari blog saya juga adalah usahawan printing baju di PrintingBajuOnline.Com. Masa saya banyak dihabiskan untuk blog dan aktiviti kesukarelawan

Related Posts