Sunday, September 28, 2014

20 Perkara Unik Tentang Guangzhou

Sebelum aku terlupa aku ingin coretkan pengalaman ringkas aku selama 5 hari di Gungzhou bersama travel buddy dan orang tempatan

Masjid Huaisheng Guangzhou
1. Bahasa komunikasi utama mereka ada bahasa Mandarin walaupun di sana terdapat pelbagai etnik namum bahasa ibunda mereka adalah madarin. Maka belajarlah bahasa mandarin mudah atau 'Mandarin for Business' kerana akan membantu ada di sana.

2. Kebanyakkannya semua perkataan dan signage adalah dalam bahasa mandarin. Walaupun anda sebut berdasarkan ejaan hakikatnya bunyi adalah berbeza seperti orang Malaysia sebut 'Guangzhou' walhal orang China sebut 'Guangjhou'. Maka mereka mungkin tidak paham apa yang anda sebut.

3. Setakat ni harga  yang gua survey di beberapa kedai yang menjual sim card adalah berharga antara 100 Yuan - 160 Yuan dan kredit di dalam terdapat 80 Yuan. Boleh dapat 100 Yuan

4. Semua harga yang diletak adalah harga muka, masih boleh  dirunding hatta harga penginapan di hotel pun masih boleh dirunding.

5. Orang China memang suka berniaga, di mana sahaja pun boleh berniaga hatta di kawasan tepi jalan atau dalam pusat membeli belah. Rentang sahaja kain dan letak barang yang hendak di jual

6 Pengangkutan utama adalah MRT , masih terdapat pengangkutan awam lain seperti Bas, Teksi dan Skuter Tuk Tuk  15Yuan - 20 Yuan sekali jalan. ( sekuter yang telah dimodified). Untuk pelancong gua sarankan Teksi dan MRT kerana harga murah.  Teksi siap dengan riset sekali dan apabila lampu menyala atas bumbung menandakan tiada penumpang tetapi teksi paling susah dapat kerana selalu penuh.

7. Makanan halal sebenarnya ada di mana-mana sekitar bandar Guangzhou cuma limited sahaja dan orang tempatan tidak faham akan restoran/makanan halal. So susah kalau tanya di mana restoran halal unless mereka muslim. Mereka tidak paham perkataan 'general' dalam Islam seperti halal, solat, mosque atau musollah dll, Hanya dalam bahasa Mandarin sahaja.

8. Mereka berjalan laju kerana mengejar masa dan train METRO kerana setiap masa itu penting bagi mereka

9. Mereka berkerja siang dan malam tanpa mengira waktu terutama peniaga. Apatah lagi cuti jauh sekali kecuali yang bekerja di pejabat di mana Sabtu dan Ahad mereka cuti.

10. Masalah orang miskin dan peminta sedekah adalah masalah dunia sejagat. Di Guangzhou juga ada tidak kira tua atau muda. Orang gelandangan juga boleh lihat apa bila tibanya waktu malam di mana mereka tidur kebanyakannya di depan pintu bangunan. Tetapi yang sedihnya adalah orang muda yang sihat tubuh badan meminta sedekah dengan menulis pada kertas ' Tiada wang itu pulang' berhampiran hentian bas pada hakikatnya mereka ini menipu , Itu lah yang telah diberitahu oleh rakan gua di sana.

11 Di sana ada penyeluk saku di mana gua ditegurkan oleh tempatan supaya saya simpa barang saya dalam sling bag yang saya bawa dan pastikan ia berzip.

12. Apa yang di sampaikan oleh gua punya local friends bahawa mereka ini bertuhankan duit, tiada agama iaitu 70 - 80 % tiada agama . Oleh sebab itu banyak penipuan seperti telur palsu, susu bayi yang tercemar dengan bahan kimia, minyak masak yang digunakan berulang-ulang kali dan lain-lain lagi.

13. kenderaan motosikal diharamkan bagi kegunaan orang biasa kerana motosikal menyebabkan pencemaran udara. Hanya basikal elektrik dibenarkan untuk laluan jalan raya dan mereka mempunyai laluan khas untuk basikal di jalan raya

14.Mereka masih mempunyai sifat belas kasihan pada orang tua di mana gua sendiri lihat depan di dalam MRT di mana mereka memberi tempat duduk pada orang tua.

15.Kalau di Indonesia terkenal dengan Teh Botol , tetapi di China terkenal pelbagai jenis teh. Mereka sendiri suka minum teh dan akan hidangkan teh untuk tetamu. Yang menarik tentang teh ini adalah dari daun yang belum diproses menjadi serbuk berbanding orang Malaysia hidangkan teh yang telah diproses menjadi serbuk teh.

16.Semasa gua di sana berusan jual beli barang, mereka melayani gua dan kawan gua dengan teh hijau. Nak kata beli barang tak lah banyak but maybe kami pandai 'gebang' bahasa mandarin dan mix bahasa inggeris hehehe.

17 Susah nak jumpa Massage Center di sana even signage berbentuk tapak kaki pun tiada walhal di Malaysia bersepah dengan billboard yang besar dari jauh sudah nampak.

18 Selepas jam 8 malam kebanyakan tempat menjadi sunyi dan biasanya kedai sudah tutup di waktu begini kecuali di kawasan Beijing Lui dan kedai makan.

19 Apabila meraikan tetamu mereka suka menyediakan perlbagai juadah dan 'portion' banyak. Gua  makan sampai kenyang kerana tidak mahu membazir walhal bagi mereka tidak apa kalau tidak habis bermakna makanan yang dihidangkan cukup untuk tetamu.

20.Mereka juga adalah negara serba canggih dan moden. Mereka mempunyai menara iaitu Gungzhou antara yang tertinggi di dunia. Yang paling menarik sekali di International Airport Guangzhou terdapat kemudahan 'charge battery' di mana anda hanya perlu bawa handphone sahaja dan cucuk pada wayar yang disediakan.

Jangan lupa bawa air paip jika anda tidak selesa menggunakan tisu selepas menunaikan hajat. Itu sudah menjadi budaya mereka.Air paip memang tiada dalam tandas awas.Tisu kadang-kadang ada kadang tidak ada tetapi biasanya ada.

P.S : I'd love to meet you on Twitter : here

And if you enjoy this post, please consider sharing it on Facebook or Twitter below

Saya adalah blogger bagi MalaysiaBackpackers.Com dan SifuBlog.Com . Kerana minat mendalam dalam blogging saya telah menghasilkan beberapa ebook. Selain dari blog saya juga adalah usahawan printing baju di PrintingBajuOnline.Com. Masa saya banyak dihabiskan untuk blog dan aktiviti kesukarelawan

Related Posts

0 Your comments:

Speak Your Mind And Heart