Monday, August 25, 2014

Mamee Jonker House

Siapa tidak kenal Mamee? Pasti semua kenal mamee kerana sejak kecil lagi kerana pasti kita membeli makanan ringan apabila pulang dari sekolah atau apabila kita singgah kedai runcit pasti kita nak beli jajan atau makanan ringan. Harga pun yang saya ingat 30 sen ketika zaman sekolah , sekarang tidak pasti harga Mamee berapa.

Serba ringkas tentang sejarah Mamee, sebelum saya hanya tahu Mamee ini dari Melaka sahaja dan apabila melepasi tol ke Ayer Keroh pasti akan melalui jalan yang akan melepasi Kilang Mamee yang tersergam indah dan iklan pelbagai produk Mamee. Untuk pengetahuan anda mamee adalah produk Malaysia oleh itu kita harus berbangga dengan produk Malaysia ini . Mamee telah memula operasi pada tahun 1972 oleh pengasasnya iaitu Datuk Pang Chin Hin di Ayer Keroh, Melaka. Sekarang produk Mamee telah berada di beberapa negara ASEAN , Australia dan lain-lain negara lagi.

Bagi mendekatkan dengan masyarakat bagi tujuan kesedaran (Awareness Program) Mamee telah memperkenal nama Mamee Jonker House di Jonker Walk, Bandar Melaka. Terdapat 5 seksyen  di Mamee Jonker House iaitu : 

1. Merchandise Store 
Sebagai pusat jualan produk mamee dan juga cenderamata seperti t-shirt , cawan dan key chain.

2. Mamee Cafe
Tempat makan untuk pengunjung dengan minuman dan hidangan berasaskan produk/bahan Mamee dalam setiap hidangan. Menu kebanyakan adalah berasa menu ASIAN atau Malaysia Taste.

3. Mamee World
Apabila anda memasuki ke Mamee World umpama kembali ke masa silam untuk melihat kembali bagaimana mamee bermula dari 1972 sehingga sekarang.

4. Doodle Noodle
Di mana anda mencorakkan dan mewarnakan sendiri Mamee Cup anda dan menentu sendiri menu/perisa apa untuk mamee anda dalam cup itu nanti. Semua proses dilakukan secara manual dan dibantu oleh pekerja di situ.

5. Lil Monster Kitchen 
Lil Monster Kitchen untuk pengunjung belajar bagaimana hendak membuat mee (noodle) bermula dari uli tepung sehingga menjadi mee. Semuanya di buat sendiri dan di bantu dengan mesin yang mudah di gunakan.

Dengan adanya Mamee Jonker House dapat mendekatkan masyarkat kepada dunia Mamee dan secara tidak lansung menjadi antara daya tarikan pelancong di Jonker Walk, Melaka. Saya boleh katakan sekurang-sekurangnya kita harus masuk ke dalam Mamee Jonker House untuk mengetahui sejarah Mamee dan bagaimana Mamee ini dihasilkan.





















                  


















Untuk maklumat lanjut boleh rujuk di mameejonkerhouse.com

p/s : Nanti nak pergi sekali lagi untuk beli t-shirt. sebelum ni makan tengah hari kat situ jer .

P.S : I'd love to meet you on Twitter : here

And if you enjoy this post, please consider sharing it on Facebook or Twitter below

Saya adalah blogger bagi MalaysiaBackpackers.Com dan SifuBlog.Com . Kerana minat mendalam dalam blogging saya telah menghasilkan beberapa ebook. Selain dari blog saya juga adalah usahawan printing baju di PrintingBajuOnline.Com. Masa saya banyak dihabiskan untuk blog dan aktiviti kesukarelawan

Related Posts

0 Your comments:

Speak Your Mind And Heart