Jika tiada jodoh gua resign..

Pasti anda ingat jodoh ini adalah  tentang mencari pasangan atau hal-hal untuk mencari pasangan hidup tetapi gua sebenarnya bukan nak cerita hal-hal tetang pasangan hidup sebaliknya adalah tiada jodoh pada sesuatu yang bukan hidup seperti tempat kerja atau skop yang lebih besar. Mungkin kita tiada jodoh untuk berjumpa lagi dengan kawan-kawan atau benda yang kita sayang lebih kepada sifat kebendaan hehehe.

Mungkin gua tiada jodoh lagi di tempat kerja aku sekarang kerana hati aku sudah berubah. Perubahan itu selari dengan cita-cita / impian / ilmu dan keinginan gua yang sentiasa tinggi. Sebenarnya gua dah lama nak RESIGN dari tempat kerja, dari setahun ke setahun masih tetapi melakat di sini sampai rakan sekerja gua bosan dengar hahaha sampai cakap kepada gua " lagi baik ko berhenti sekarang.". So sebelum gua resign ada beberapa perkara yang gua menitik berat dalam kehidupan seharian. iaitu :

FALSAFAH HIDUP
sebelum gua nak resign gua selalu check diri gua (muhasabah diri) untuk menilai sejauh mana gua boleh pergi atau sekuat mana gua boleh pergi berdasarkan kepercayaan diri gua. Gua selalu cakap pada diri gua hidup ini jangan menyusahkan orang, biar kita susah dari menyusahkan orang lain . Pasal bab susah bapak gua selalu cerita hidup susah di kampung dan lagi satu di selalu mengomel pasal parking kerana orang suka parking sesuka hati secara lansung mengusahkan orang. So jgn susah kan orang lain.

Agama itu adalah panduan hidup sebenar. So gua berpegang kepada rezeki itu ada di mana-mana selagi kita berusaha dan bertawakal kepada Allah. Janji Allah itu pasti cuma masa sahaja yang akan menentukan dan sabar dengan ujian mendatang. 9/10 rezeki itu datang dari perniagaan so kenapa perlu kita takut untuk menjalankan perniagaan. Dan gua sudah bersedia dengan segala kesusahan dan andaikan gua jatuh gua pasti akan bangkit kerana orang yang berjaya pasti akan melalui titik kejatuhan sebelum berjaya. Gua dah bersedia kerana gua percaya dengan janji-janji Allah.

Lagi satu gua selalu cakap pada diri gua tak guna hidup solo kalau tak kaya sebab gua pernah jumpa orang yang hidup solo tapi kaya raya.So buat masa ini gua masih solo maka gua selalu cakap mcm tu supaya gua tak buat perkara yang tidak membuangkan masa sebaliknya sibukkan diri dengan perkara-perkara yang mendatangkan kekayaan. Contoh pergi menuntut ilmu pelaburan hartanah , emas dan lain-lain lagi. Tetapi tidak bermakna gua hendak hidup solo selamanya kerana gua percaya dengan pernikahan hidup akan lebih makmur dan sempurna. Cuma jodoh belum sampai lagi. mungkin tahun depan mana tau heheh. Sila rujuk hadis dan Al-Quran tentang kebaikan pernikahan.

MATLAMAT HIDUP (IMPIAN)
Ini agak payah sikit gua nak cerita sebab gua punya matlamat ini kurang jelas kadang-kadang berubah maklumlah berubah sesuai dengan umur heheh. So kita harus mempunya matlamat yang jelas supaya kita tahu apa yang kita buat ini berlandaskan matlamat. Matlamat hidup ini tak perlu besar-besar pun kecil pun sudah contoh jika anda berimpikan rumah banglow sebelum mencecah umur 40 tahun, rumah banglow mcm mana anda hendak ada swimming pool ker , berapa tingkat, ada lif ker dan lain-lain lagi. Dulu gua minat dengan kereta now bila pernah rasa naik kereta mewah kawan gua tak rasa apa sebab sifat semula jadi gua ada lah sentiasa low profile. So kereta bukan lah matlamat gua sebaliknya lebih kepada keperluan dan jika ada duit lebih barulah beli kereta mewah.

Buat masa ini apa yang gua inginkan adalah (1.) backpacking dari Malaysia ke London dengan keretapi sebab gua nak rasa travel lama dan pergi ke negeri Europe at least selama 2 bulan. (2.) Mempunyai business sendiri tidak kira apa jua business janji boleh mendatang kekayaan kerana 9/10 rezeki adalah datang dari perniagaan. (3.) Sebelum umur gua 40 tahun gua nak mempunyai at least 10 aset hartanah. Itu sahaja yang gua pikir buat masa ini tetapi mungkin boleh berubah 'go with the flow' mengikut kemampuan dan kekuatan gua setakat mana gua boleh hadapi kerana yang penting gua mahu kerja sendiri bukan kerja makan gaji.

PERSEDIAAN SEBELUM RESIGN :

1.SIMPANAN:
Sebelum resign pastikan anda mempunyai simpanan yang cukup yang boleh menampung hidup anda tanpa bekerja selama 1 - 2 tahun. So far gua punya simpanan boleh lagi gua survive untuk 1 tahun - 2 tahun dengan cara hidup simple sahaja. Macam-macam cara boleh simpan seperti buat potongan gaji, buat kerja part time dan kemudian menabung dan berjimat cermat dalam perbelanjaan harian.

2.KEMAHIRAN / PENDIDIKAN
Ini adalah asas kepada pelaburan iaitu melabur pada kemahiran/pendidikan akan meningkatkan nilai tambah pada diri anda. Sebab itu modal insan itu adalah pada kemahiran dan pendirikan seseorang. Dari segi pendidikan gua sama macam orang kebanyakan dan kemahiran gua lebih kepada rekreasi dan pembangunan belia. Di tambah pengalaman gua dalam blogging dan social media menambah lagi nilai tambah gua dalam bidang kemahiran.  Dengan kemahiran itu gua boleh jadi freelance untuk program rekreasi, fasilitator untuk program belia dan juga  untuk social media/blog untuk orang ramai.

3.RAKAN-RAKAN BERMUTU (NETWORKING)
Maksudnya gua rakan-rakan bermutu ini adalah rakan-rakan yang boleh membantu anda memberi peluang kerja atau boleh berkerjasama (JV) pelbagai bidang dalam menjurus kepada perniaagaan atau job yang diberikan kerana mereka melihat anda ada kemahiran,pengalaman dan kepakaran dalam sesuatu bidang. Paling kurang atau tidak boleh share peluang-peluang dan kursus dalam pelbagai bidang yang menambah nilai dalam sesuatu bidang. Tetapi tidak boleh terlalu bergantung harap dengan rakan kerana jika apa-apa berlaku pada rakan anda apa anda nak buat ? so bergantunglah pada diri sendiri. So far gua lihat pada rakan-rakan bermutu gua semuanya very helpful kerana gua bukan sahaja mempunyai rakan di Malaysia tetapi gua mempunyai rakan di seluruh ASIA termasuk di Japan. Jika gua mahu 'lari' ke Japan gua boleh lepak di rumah family angkat gua di Hakodate hehehe.

4.BERKAT KELUARGA
Apa perkara yang kita lakukan mestilah mendapat berkat dan sokongan keluarga. Kenapa gua letak yang perkara ini yang terakhir sekali kerana gua kena tahu apa persediaan gua sebelum nak resign then bila dah tahu barulah gua boleh present berdasarkan fakta dan data yang betul supaya gua boleh 'convince' family gua. Bila kita ada fakta dan hujah yang matang pasti family kita paham, lagi pun masing-masing dah besar tahu apa yang terbaik untuk kita.


PERSEDIAAN/TINDAKAN SELEPAS RESIGN

1.REHAT PANJANG
Mungkin gua nak berehat dulu , lepak-lepak, makan-makan, jumpa kawan-kawan lama atau amik mood untuk bercuti. Gua tidak boleh bercuti di Malaysia kerana pasti ada macam-macam kerja akan gua buat. Mungkin gua nak bercuti lama seperti backpacking dari KL-London dengan kereta api atau backpacking ke ASIA atau Japan. Atau nak pergi umrah ker..

2. MELAKUKAN KERJA YANG GUA SUKA DAN MINAT
Mungkin gua akan jadi full time bloggger / travel blogger. Kalau jadi travel blogger gua boleh berjalan-jalan ke seluruh dunia atau melakukan sesuatu yang related dengan online business/social media and blogging.
Selain itu  gua melakukan tugas freelance berdasarkan kemahiran yang gua miliki :)

3.MENCEBURI DALAM BIDANG KEUSAHAWANAN DALAM INDUSTRI 'AGRICULTURE' DAN HALAL
Sebenarnya gua melihat peluang dalam menceburi kedua-dua industri ini sangat besar berdasarkan apa yang gua lihat persekitaran, media massa dan juga melalui kenalan gua. Jangan terkejut Japan sekarang sedang berusahan mendalami dalam bidang industri halal kalau kita tidak amik peluang sayang sekali. Buat pengetahuan ada kenalan kepada kenalan saya orang Jepun yang datang ke Malaysia semata kerana ingin mendalami industri halal dan beliau bercakap JAKIM sangat membantu. Dia kerja berhenti semata-mata ingin melibatkan diri dalam industri halal.

4. MELIBATKAN DIRI DALAM PERNIAGAAN KELUARGA
Ini mungkin akan menjadi perkara keutamaan gua selepas gua resign kerana menjadi tanggungjawab gua secara tidak lansung membantu dan mengembangkan perniagaan keluarga walaupun parent gua tidak minta secara lansung dalam perniagaan gua. Tetapi melihat umur parent gua sampai bila mereka nak buat so anak-anaklah yang akan teruskan lagasi mereka.




Apa yang kita rancang tidak semestinya 100% sempurna , pasti ada liku-likunya tetapi gua hanya berserah kepada Allah. Yang paling kita berani untuk amik risiko cuma bagaimana kita meminumkan risiko untuk gagal untuk mencapai matlamat kita.
Gerak kerja adalah berlandaskan matlamat

P.S : I'd love to meet you on Twitter : here

And if you enjoy this post, please consider sharing it on Facebook or Twitter below
Powered by Blogger.