Monday, August 18, 2014

Elak Berkahwin Dengan Awek Kaki Melancong

Ada betul  ke dengan fakta dibawah?
Semakin ramai wanita berkerjaya, semakin tinggi pula keinginan mereka untuk melancong.
Terima kasih kepada penerbangan tambang murah seperti AirAsia, wanita begini sudah mula terbuka matanya. Soalnya sekarang, seronokkah berkahwin dengan si dia yang ketagih melancong?

Walaupun kami menggalakkan anda bercuti, berikut adalah 7 sebab mengapa anda perlu mengelak berkahwin dengan awek yang gila melancong.
1. Dia tidak kisah dengan penampilan
Bila dia ke tempat kerja, dia bersolek ala kadar. Di rumah, dia selesa dengan baju kelawar 3 tahun dulu yang koyak di ketiak.
Di jalanan dia sudah biasa berbaju T tidak bergosok dan berseluar jeans lusuh. Rambutnya yang tidak bersikat disembunyikan di sebalik anak tudung.
Kebanyakan wanita sebegini hanya wangi dan cantik di pejabat. Tetapi selekeh di rumah.
2. Dia Tidak Romantik
Mahukan isteri romantik yang tidur di lengan anda sewaktu bersama-sama menonton TV? Elakkan awek kaki melancong.Rata-ratanya kurang feminin, dan tidak iri hati pun dek kelembutan pelakon Korea. Jika mereka mahukan apa-apa, mereka akan berterus-terang. Tidak pujuk rayu, tiada madah berhelah. Tetapi layanannya kepada anda adalah seperti layanan tokei Cina di kedai hardware.Jika dia dilanda kesedihan, dia tidak perlukan anda. Dia sudah biasa berdikari. Dan dia tidak perlukan kata-kata manja dan lembut dari anda. Kalau dia keluar rumah dengan kereta tanpa izin anda, jangan terkejut. Si dia sudah biasa mengembara tanpa merujuk sesiapapun.
3. Egonya Melangit
Jika anda mahu suara anda dipatuhi, jangan kahwini perempuan yang suka mengembara. Dia mahu bebas. Dan dia terbiasa membuat keputusan sendiri di jalanan.Bila anda menahan keputusannya, dia akan bermasam muka. Dia sudah biasa membuat keputusan tanpa dihalang oleh apapun, kecuali oleh pegawai imigresen atau jadual keretapi.
Sebelum membuat keputusan dalam soal rumahtangga, anda perlu merujuk kepadanya terlebih dahulu. Bukan apa, dia fikir dia lebih bijak dari anda. Jika dia boleh pulang ke Malaysia setelah hilang passportnya di Poland, apa sangatlah menyelesaikan isu rumahtangga di Taman Tun?
4. Belanja Tinggi
Ya, dia mungkin tidak kisah dengan make-up MAC atau beg Prada. Tetapi jangan pula anda sangka yang anda dapat berjimat.Jika hadiah ulangtahun pasangan lain cuma beg tangan baru beratus ringgit, bersedia untuk menghabiskan berbelas ribu untuk si kaki travel.
Setahun sebelum ulang tahun, dia akan mengingatkan anda tarikh ulangtahun dan sudah mula membelek buku pelancongan Lonely Planet. Sewaktu anda kusut memikirkan bil yang perlu dibayar, dia pula hanya sibuk merancang aktiviti di destinasi lawatannya kelak.
Dan kalau ramai isteri sudah teruja dengan pakej membeli belah di Langkawi, dia hanya menguap bila anda katakan yang cuti hujung tahun ini destinasinya di Pekan Kuah.
5. Anda Membosankannya
Makan malam di restoran angkasa Menara Kuala Lumpur hebat? Fikir sekali lagi.Untuk si kaki travel yang sudah membuat terjunan bungee jumping di New Zealand, menawan ombak di pantai Sydney dan menaiki belon panas di Istanbul, tiada apa yang hebatnya dengan makan malam di menara atas bukit.Jika anda anak bendang yang sudah biasa makan nasi 3 kali sehari, anda akan membuatnya bosan. Lidahnya sudah mengenal roti Perancis, sushi Jepun dan kopi Arabica. Jadi makan nasi lemak sotong di rumah sambil bermain X-Box di hujung minggu memang tidak cocok dengan jiwanya.Dia suka bebas di luar, bukan dipenjara di rumah.

6. Dia ramai kenalan lelaki
Apabila anda ambil keputusan berkahwin dengan awek kaki melancong, bersedialah untuk membuang rasa cemburu.Dia mesra dengan semua. Tak kiralah lelaki atau perempuan. Bertahun di jalanan menyebabkannya petah berbicara. Dia juga ada ramai kenalan lelaki yang bersama-sama mengembara dengannya.Hobinya itu cinta pertamanya. Dan anda cinta keduanya. Jadi jangan halang dia untuk berjumpa atau bercakap dengan sesiapapun tentang cinta pertamanya itu.Jadi pendam sahaja rasa sakit hati anda itu.
7. Bersedia untuk ditinggalkan
Jika syarikat anda jatuh bankrap atau kereta anda rosak sewaktu tarikh kembaranya hampir tiba, nasib anda bakal semakin parah. Dan hati anda bakal patah.Si dia yang suka travel takkan mengorbankan apa yang telah dirancangnya. Jika anda berkahwin dengan dengannya, bersedialah untuk melepaskan si dia pergi bercuti seorang diri.Si dia tidak perlukan anda. Dan si dia tidak menunggu sesiapapun.Baginya anda tidak ubah seperti beg bagasinya sahaja — jika hilang, masih boleh diganti semula. Beg ‘bagasi baru’ yang bakal dicarinya nanti mungkin lebih baik.

Apa kata anda? Beranikah anda kahwini awek si kaki travel?- Sumber Malaysia Backpackers Club


P.S : I'd love to meet you on Twitter : here

And if you enjoy this post, please consider sharing it on Facebook or Twitter below

Saya adalah blogger bagi MalaysiaBackpackers.Com dan SifuBlog.Com . Kerana minat mendalam dalam blogging saya telah menghasilkan beberapa ebook. Selain dari blog saya juga adalah usahawan printing baju di PrintingBajuOnline.Com. Masa saya banyak dihabiskan untuk blog dan aktiviti kesukarelawan

Related Posts

13 comments:

  1. I love travelling but it's a different story when u are already married. Husband will be a priority.

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup , u are right Tiara. Family must come 1st.

      Delete
  2. awek kaki melancong harus kahwin dengan jantan kaki melancong dan melancong sama2. Laki kaki makan karipap, minum petang di pejabat harus kahwin dengan permpuan kaki makan karipap minum petang di pejabat. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha ini memang kelakar yang penting sehati sejiwa baru lah boleh sama-sama melancong

      Delete
  3. Replies
    1. a ah betul tu janji bahagia dan hidup aman damai heheh

      Delete
  4. Lawak lah entry ni.... Ye ker semua awek kaki melancong macam tu? Saya tak macam tu pun...
    Rasanya tak semua mcm tu... Sebab bergantung kepada tujuan dan hala tuju hidup seseorang tu... Sbb tu ada pepatah kata, nak menilai seseorang tu, kena kenal hati budi dan agama, bukan rupa paras cun ke tak..hehehehe....

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak semua mcm tu maybe sebilangan jer hehehe. Yang cun tu kira bonus lah untuk jejaka yang dapat hehehe

      Delete
  5. Sungguh tak benar post ni. Mungkin ada ciri2 yang kena bagi certain perempuan, tetapi yang penting banyak ciri2 ni takde pada perempuan kaki travel dan banyak ciri2 ni yang ada pada perempuan yang tak minat travel. Sebagai seorang perempuan yang suka sangat2 travel dan banyak kawan perempuan yang suka travel, saya teringin nak membidas:

    1. Ramai perempuan kaki travel sangat pentingkan penampilan. Maybe kat rumah tu memang la lepak sikit stailnya; buang tabiat ke nak pakai make up dgn seluar slacks kat rumah? Tapi perempuan yang suka travel ni kena pandai packing light, jadi kita pandai pilih dan padan pakaian yang sesuai dan cantik – lagi2 bila nak post gambar2 travel kat FB dan Instagram!

    2. Tak romantik?? Masa pegi Paris terbeliak mata nak mencari mana lelaki2 Paris yang kononnya romantik tu. Travel ke tempat2 macam Venice dan Füssen menyebabkan kami perempuan kaki travel lebih menghargai apa2 yang romantis. Apa salahnya perempuan yang berterus terang? Perempuan yang berdolak-dalik, tak reti nak get to the point biasanya lagi menyakitkan hati lelaki!

    3. Perempuan kaki travel memang ada ego. Tapi kebanyakan perempuan tak kaki travel pun ego jugak. Ada ke orang yang suka keputusannya ditahan? Tambahan perempuan yang biasa travel akan biasa menghormati keinginan dan keputusan orang lain, jadi kami tahu bila nak tolak ego kami ke tepi untuk ego kamu.

    4. Perempuan kaki travel ni travelnya bukannya tiap2 minggu. Perempuan kaki shopping tu paling kurang satu benda beratus2 beli setiap kali shopping. Shoppingnya setiap minggu. You do the math.

    5. Jangan risau. Perempuan yang tak reti nak makan nasi ni pandai2 la dia migrate ke negara lain, kahwin dengan mat saleh dan makan roti Perancis banyak2. Perempuan kaki travel yang truly Malaysian tak sampai seminggu akan rindu roti canai, nasi lemak dan teh tarik. Travel akan membuatkannya lebih menghargai rumahnya yang sebenar. Dan walaupun saya cukup bertuah dapat travel ke banyak tempat, date favourite saya so far adalah berjalan2 merasa angin sepoi2 bahasawaktu malam. Tak payah beli makan pun.

    6. Tak semestinya dia mengembara dengan lelaki. Ramai perempuan yang lebih suka travel dengan perempuan sebab lagi senang – tempat tidur, perangai dll. Kalau tak pun, apa salahnya baik dengan semua? Asal tahu batasan. Kita masing2 boleh pilih prioriti, yang mana yang kita lebih cinta. Tak semestinya hobi, cinta terhadap seseorang tu lebih berharga dan sebagai perempuan yang banyak buat kawan semasa travel, saya lebih pentingkan orang dari hobi.

    7. Tak tahu nak cakap apa terhadap point terakhir yang tak masuk akal ni. Kenapa nak tinggalkan bila kereta rosak? Nak hantar kereta ke bengkel tu tak sampai sehari pun. Perempuan yang biasa jalan2 ni dah biasa tempuh masalah pada saat-saat terakhir - tertinggal kereta api la, dompet kena curi la. Jadi perempuan kaki travel ni mampu berfikir dengan pantas dan rasional untuk menyelesaikan masalah.

    Apa yang saya nak sampaikan adalah: janganlah pandang semua perempuan kaki travel hanya sebab seorang perempuan yang tak menghormati orang lain dan pentingkan diri sendiri yang kebetulan suka travel. Banyak je kelebihan perempuan kaki travel ni – sama juga banyaknya kelebihan perempuan yang tak suka travel. Tapi yang kaki travel lagi banyak kelebihan kot ;) Pergilah travel dengan dia dan buka mata tu sikit.

    ReplyDelete
    Replies
    1. A more positive take on avid girl travelers from my pov:

      http://wonderingbunny.wordpress.com/2014/08/22/why-avid-travelers-make-the-best-partners/

      Delete
    2. I cannot disagree with the all fact by right awek kaki travel more open and friendly. To get married is a different situation hehehe

      Delete
  6. Tudia hahaa teman kaki travel gak,simpan duit gaji.tgk keindahan alam somi supporr janji duit mesti ada

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu simpan duit untuk jalan-jalan hehehe

      Delete

Speak Your Mind And Heart