10 Perkara tentang Keretapi ke Bangkok yang mungkin anda tidak tahu


Ini adalah trip backpacking saya kali ke dua ke Bangkok dengan menaiki keretapi. Kali ini tujuan adalah untuk berjumpa dengan rakan-rakan Thai sempena Renuion on board SSEAYP . Saya sertakan beberapa catatan ringkas saya tentang Keretapi dari Stesen KL Sentral ke Stesen Butterworth. Kemudiaan bertukar  Keretapi  milik Thailland dari Stesen Butterwork ke  Bangkok, Thailand.

Gerabak ini di sponsor oleh muizmisri.com heheh
1. Suasana KL Sentral sentiasa hidup dengan manusia pelbagai Bangsa dan rupa umpama bandar kecil di tengah kota Kuala Lumpur. Suka lihat manusia dengan backpack kerana ia memberi motivasi kepada saya untuk terus saya berjalan dan mengembara ke seluruh dunia.

Stesen Keretapi Butterworth yang cantik dan bersih. Belum siap sepenuhnya lagi.

2. Stesen keretapi di Malaysia makin cantik dari segi prasarana dan kelihatan seperti di negeri maju. Tetapi perlu menambah Baik dari segi Sistem penjualan tiket dan kemudahan penyampaian maklumat.

Ini lah gaya penumpang keretapi dan pak cik India kat belakang cerita mcm gaya orang muda hehe
3. Pelbagai ragam akan kita bertemu dalam gerabak keretapi dan kita Akan jadi mesra dengan orang yang Duduk berhampiran dengan kita atau kita selalu senyum pada mereka kerana mereka Akan berfikir sama seperti mereka mungkin kita senegara dengan mereka atau mereka merasakan kita ini hebat travel dengan backpack yang besar dengan perjalanan yang mungkin memakan masa berbulan-bulan. Tetapi jika anda bertemu dengan geng backpackers memang friendly and senang nak share banyak perkara

4.  Mana-mana negara pun sama jika nampak pelancong pasti menipu Harga atau mengenakan Harga yang berbeza dengan Harga Tempatan. Jika ambil teksi, pastikan ambil teksi bermeter. Jgn tawar menawar dengan pemandu teksi yang berada Di luar keretapi kerana semunya penipu dan nak tekan Harga lebih dari Harga sebenar. 
5. Tidak digalakkan membawa makan ke cafe dalam gerabak tetapi kalau nak kena selamber lah mcm saya buat tetapi saya ada oder set berkongsi dengan kawan kerana ada signage tertulis ' Not Allowed

6. Di dalam train dari Butterworth , Pulau Pinang ke Bangkok, Thailand ada menyediakan Cerek Air Panas, so anda tidak perlu ke Cafe untuk minta air panas jika anda memerlukannya. Selalunya cerek air panas terletak di tengah-tengah gerabak keretapi.

7. Biasa dalam pukul 8 malam , tempat duduk anda akan diubah menjadi katil dan jam 9 pagi katil anda diubah semula tempat duduk dilakukan oleh staf keretapi berpakaian seperti polis .

Gua duduk paling belakang sekali , berdekatan tandas dan sinki. Di situ ada plug dan boleh digunakan.

8. Jika anda bernasib baik , plug elektrik betul berdekatan dengan tempat duduk anda. Jika tidak anda mempunya altenatif lain iaitu anda boleh gunakan plug yang berdekatan dengan tandas tetapi anda kena tunggu di situ . Jangan lupa bawa plug antarabangsa.

9. Cafe dalam gerabak akan bermula dari Hadyai di mana mereka akan menyambung beberapa gerabak dari Hadyai kemudian menyambung perjalanan ke Bangkok Thailand.

Bersihkan hehehe
10. Selimut yang dibekalkan adalah bersih dan semua di bungkus di dalam plastik. Jika anda menggunakan pakej katil pastikan selimut yang dibekalkan adalah di dalam plastik. Cadar dan batal seperti baru dan berwarna putih. Tiada kesan peta yer heheh

p/s : Pertama kali saya melihat gadis Islam Thailand yang cantik persis seperti Hana Tajima (betul ker ejaan saya hehe)  yang sugguh elegan dan modern. Nampak seperti baru balik dari kerja kerana perwatakan seperti 'young executive'.



Powered by Blogger.