Tuesday, August 27, 2013

KLD Tunas Samudera tu apa yek

Dulu tak fikir nak naik kapal KLD Tunas Samudera entah kali ini rezeki aku datang lagi. Kadang-kadang aku rasa bertuah walaupun umur dah semakin menghapiri syarat kelayakan rezeki itu datang secara tiba-tiba. Bila dah dapat aku grab with confidence! So actually aku tahu program ini since my high school because my scoutmaster is the ex participant for this program so adalah dengar citer-citer dia but then already forgot about the story. As usual apply isi borang then hantar , lepas tu after a week dapat panggilan for confirmation suruh prepare medical check up and saiz baju dan seluar. Before that plz baca catatan ringkas aku tentang 10 Perkara yang perlu anda tahu tentang KLD Tunas Samudera

So on the way from Putrajaya ke Pusat Latihan di Perak di mana latihan 'team building' di adakan mcm-mcm cerita aku dapat dari member tentang mabuk laut , muntah , jadi lanun tetapi setiap batch kadang-kadang kapten dia berlainan so terpulang mcm mana kapten tu jalankan aktiviti kerana aktiviti tertakluk kepada perubahan. So memang aku memang mengharap untuk mendapat 2 sijil iaitu Sijil Penyertaan dan Sijil Peserta Terbaik.

Serba ringkas tentang Kapal Layar Diraja (KLD) Tunas Samudera :

Pada tahun 1988, YAB Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mahathir bin Mohamad telah mengumumkan bahawa Kementerian Pendidikan bagi pihak kerajaan Malaysia dengan kerajaan British telah bersama bersetuju untuk membiayai pembinaan sebuah kapal layar latihan yang berhaga RM 18 juta . Kapal layar latihan ini akan dikendalikan dan disenggara oleh TLDM bagi pihak negara untuk feadah belia negara dan pelatih TLDM.

PEMBINAAN, PENAMAAN DAN PENTAULIAHAN

Pembinaan kapal ini telah bermula pada November 1988 di Brooke Yachts International LTD, Lowestoff, Suffolk di United Kingdom. Kapal layar latihan ini telah diberi nama KLD TUNAS SAMUDERA dan ditauliahkan pada 15 Okt 89. Istiadat penyerahan KLD TUNAS SAMUDERA telah dilaksanakan oleh Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Banginda Yang Di Pertua Agung yang Ke-9 Sultan Azlan Shah dan Her Majesty Queen Elizabeth II di Pangkalan TLDM Lumut pada 16 Okt 89 dengan penuh adat istiadat tentera laut.

KLD TUNAS SAMUDERA merupakan kapal layar latihan jenis Brigantine. Kapal layar latihan ini diwujudkan bertujuan memberi peluang kepada para belia dan beliawanis negara mengikuti program latihan pelayaran dan menghayati serta mencintai warisan maritim di samping menimba pengetahuan. Program ini juga bertujuan mengukuhkan disiplin diri, memupuk sifat kerjasama dan membina kualiti kepimpinan. Pendedahan kepada ilmu pelayaran seperti navigasi, kaji cuaca dan ilmu kelautan yang diberikan melalui program ini seterusnya akan melahirkan belia dan beliawanis yang berketrampilan dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek. (Sumber : TLDM.COM)

Untuk 3 hari sebelum bermulanya pelayaran selama 10 hari dari Lumut - Langkawi - Lumut , aku telah 'dibelasah' cukup-cukup dulu supaya badan jadi sasa , minda jadi cekal hehehe. Selamat 3 hari 2 malam . Tidur dalam khemah buatan , makan masak sendiri , senaman pagi yang sangat menyeksakan. Kena guling-guling sampai masuk dalam sungai semuanya aku telan sebab aku dah biasa 'drill training' sebab aktiviti itu aku dah lalui semasa aku dalam pengakap. Paling best dalam latihan ini adalah berakit lebih kurang 4 jam tempoh perjalanannya dan disebab rakit hanyut satu terpaksa tukar aktiviti. Semasa di pulau tempat port kami selepas berakit mcm biasa kena jaga malam sampai lewat pagi , aktiviti meneroka minda dan kerjasama dan juga membuat bekas isi telur.

Malam terakhir adalah malam persembahan kebudayaan / lakonan yang pasti menjadi kebiasaan dalam 'team building' kalau xde tak sah hehehe. Seterusnya perkongsian pengalaman bekas peserta KLD Tunas Samudera Batch terdahulu dan juga bekas pegawai / staff KLD. Yang aku ingat sampai sekarang yang Pak Long cakap pasal KLD adalah 'nanti korang atas kapal mcm-mcm arahan korang dengar 1001 arahan datang secara tiba-tiba atau adhoc. tetapi arahan yang ke 4 jer boleh pakai. Lagi satu di pesan cuba bawa Sijil Penyertaan dan Sijil Peserta terbaik. Kumpulan dinamakan AWASAN, dan kumpulan aku latihan teambuilding adalah AWASAN BIRU tetapi asyik kalah jer dalam pertandingan kumpulan . Pak Long cakap mengikut tradisi AWASAN BIRU selalu juara. Adakah aka masih dalam awasan yang sama apabila di KLD Tunas Samudera ? Adakah Penghulu (Ketua Kontigen) kekal seperti di Kem Intan Suraya? Tunggu sambungannya nanti. Sebelum tu layan gambar dulu yer .....








Enhanced by Zemanta

Saya adalah blogger bagi MalaysiaBackpackers.Com dan SifuBlog.Com . Kerana minat mendalam dalam blogging saya telah menghasilkan beberapa ebook. Selain dari blog saya juga adalah usahawan printing baju di PrintingBajuOnline.Com. Masa saya banyak dihabiskan untuk blog dan aktiviti kesukarelawan

Related Posts