Ber Qasidah semasa berbuka puasa

Unik dan menarik itu lah yang boleh saya kata De Palma Hotel Shah Alam dalam menyajikan juadah berbuka perpuasa dan aktiviti berbuka puasa. Terdapat lebih dari 135 juadah berbuka tetapi saya tak lah makan banyak mana pun sebab ruang tak muat hahahaha. Saya pilih yang saya jarang makan , yang pasti daging panggang menjadi pilihan saya , masakan India , Nasi Ayam , 'Western food' pun , lauk orang
 kawin dan mcm-mcm lagi . Tetapi dalam2 banyak masakan yang dimasak disitu saya mencuba Bulgogi iaitu daging goreng campuran sayur memang sedaplah rugi siapa tak cuba hehehe . Chef yang masak tu cakap itu adalah menu Korea, so kepada peminat filem Korea boleh cuba makan Korea di sini. Biasanya saya kat hotel memang jarang makan nasi , tp kali ini nak jugak makan sikit so amik jugak Nasi Ayam

Yang bestnya kat sini dan uniknya sebelum berbuka anda akan di sajikan alunan Qasidah dan selepas itu ada bacaan Al-Quran oleh Qari dari Mesir dan forum berbentuk ilmiah . Setiap hari akan berubah tajuk dan penceramah. So tak bosanlah jika anda makan seorang atau tiba-tiba buntu takde idea nak borak dengan kawan-kawan so lagi baik dengan ceramah agama hehehe. Terawih pun ada hanya 8 rakaat
.
Saya tidak keseorangan tp ditemani oleh blogger-blogger yang sudah lama bertapak dan juga sudah ada nama. seperti BroFramestone, AbangEnsem, Sohoqe, MelastikBintang, NamiaCinta, NizamIjam, BoniKacak, NisaKay, dan Nurseira. Yang saya dah lama kenal adalah ada BroFramestone banyak yang saya berbualkan kadang-kadang perkara serious , kadang-kadang ada merapu dia benda yang dia mengidamkan hahaha. Untuk menjadi blogger berkualiti mesti lah ada sesuatu yang boleh kita banggakan yang boleh memberi jaminan kepada kita iaitu pendidikan dan mestilah unik. Itu lah kesimpulan perbincangan serius saya dengan dia , untuk tahu lebih lanjut kenalah lepak dengan dia hahahah sebab banyak rahsia-rahsia kejayaan blogger dia kongsikan kepada aku.

Aku terus-terang jarang lepak dengan blogger-blogger tp bila dah lepak dengan mereka mcm dah lama kenal tp aku tak lah femes mcm diorang ni sampai ada yang datang nak amik gambar dan tandatangan. Aku lebih suka bersikap low profile maklumlah aku pemalu hehehe. Anyway korang layanlah gambar kami di De Palma Hotel Shah Alam , siapa yang tak pernah berbuka di sana cubalah dan buatlah tempahan kerana minggu depan pasti akan penuh seperti tahun-tahun lepas walaupun mereka cakap dewan makan boleh muat 1250 orang.





















Untuk maklumat lanjut :

FB : De Palma Hotel Shah Alam

Powered by Blogger.