Thursday, May 30, 2013

Pijat atau Pepijat

Blog ini asalnya ditulis kerana ingin kerana hendak meluahkan isi hati yang terpendam ini melalui penulisan. Namun atas kehendak peribadi dan kecelaruan minda sering kali berubah tujuan blog ini ditulis .Aku rasa sudah sampai masanya blog ini lebih kepada bersifat peribadi dan jika anda ingin maklumat tentang pengembaraan boleh ke Malaysia Backpackers.

Minda aku sering bercelaru kadang-kadang aku sendiri tidak tahu apa yang aku ingin. Yang pasti duit bukan menjadi perkara utama aku tetapi kebebasan dan kerja yang aku minat itu sentiasa menjadi perkara utama dalam benak fikiran. Aku selalu berkata duit akan datang apabila kita membuat sesuatu dengan minat dan sungguh. Jika anda membuat perkara sesuatu dengan bersungguh tanpa minat akhirnya anda tidak tahu ke mana arah tuju sebenarnya.

Setakat ini orang sering bertanya aku kerja apa? Asyik berjalan jer . Kadang-kadang aku dengan berseloroh  dengan berkata kerja aku berjalan. Sebenarnya aku rasa selesa dan suka dengan kerja berjalan dari satu destinasi ke satu destinasi yang aku tidak pasti apa destinasi seterusnya. Aku rasa aku nak berjalan aku terus jalan ke hadapan tanpa menoleh belakang. Yang pasti setiap kali aku berjalan , aku mendapat pelbagai idea untuk melaksanakan perniagaan di Malaysia.

PRU 13 memberi banyak pengajaran kepada aku. Sebelum ini aku sekadar mengundi tanpa mengambil berat intipati dalam setiap perkara yang diperdebat dan dibincangkan , namun PRU 13 aku lebih kritis dan bermaklumat berdasarkan fakta yang aku selidik sendiri. Apa yang aku sedih ialah sikap perubahanan diri seseorang apabila musim pilihanraya seolah-olah dialah yang calon parti. Kadang-kadang aku cuba bersikap berkecuali atau neutral namun apabila aku rasa fakta itu salah aku harus memperbetulkan , tapi masalahnya mereka tidak boleh terima. Sejak itu aku abaikan dan tidak mahu membuangkan masa.

Aku amat bersyukur kerana diberi peluang berkawan dengan seluruh keluarga dari negara ASIA Tenggara , JAPAN dalam program Ship South East Asia Youth Program (SSEAYP)  dan juga negara EUROPAH. Tetapi aku lebih rapat kepada negara ASIA Tenggara dan JAPAN. Peluang tinggal dengan keluarga angkat di beberapa negara ASIA Tenggara dan Japan sedikit sebanyak memberi aku banyak maanfaat kepada aku dan membuka minda aku tentang negara  dasar negara luar. Apabila seseorang itu membuat perbandingan dengan negara luar , hakikatnya mereka hanya berdasarkan fakta semata-mata  yang diambil di internet tanpa melihat 'cause and effect' (sebab dan kesan) .

Sebenarnya aku ingin tulis berkaitan tentang perkara di atas iaitu pengalaman aku di Jakarta secara tersurat dan tersirat. Nantikan ....

Pepijat itu berbahaya!


Saya adalah blogger bagi MalaysiaBackpackers.Com dan SifuBlog.Com . Kerana minat mendalam dalam blogging saya telah menghasilkan beberapa ebook. Selain dari blog saya juga adalah usahawan printing baju di PrintingBajuOnline.Com. Masa saya banyak dihabiskan untuk blog dan aktiviti kesukarelawan

Related Posts