Monday, January 28, 2013

Sekitar sambutan Maulidur Rasul di Putrajaya 2013

Sambutan Maulidur Rasul pada kali ini membawa tema Wasatiyyah Tonggak Kesatuan Ummah. Mesti ramai yang nak tahu, apakah maksud wasatiyyah? Merujuk kepada kamus arab wasatiyyah adalah daripada perkataan al-Wasat(الوسط) yang diterjemahkan dari segi bahasa dengan makna pertengahan (sederhana). Seterusnya diistilahkan dari segi Islam dengan maksud adil, sederhana dan terbaik. Tentang sejarah sambutan Maulidur Rasul ini anda boleh mencari di dalam internet dan saya tidak mahu menghurai tentang hukum-hakam kerana saya bukan seorang pakar agama.

Namun begitu sifat ingin mencuba melakukan perkara yang baik dan luar biasa adalah menyertai perarakan ini dengan mewakili organisasi tempat bekerja saya. Bagi saya satu perkara yang luar biasa pada diri saya kerana sepanjang hidup saya ini lah pertama kali saya melakukan. Perarakan bermula dihadapan Istana Kehakiman dan berarak ke Masjid Putrajaya. Perjalanan sepanjang 2km dan mengambil masa lebih kurang 1 jam .

Sebagai manusia kita tidak mampu menjadi sesempurna seperti Nabi Muhammad (S.A.W) namun kita perlu berusaha dan mencontahi sikap Baginda. Dan yang paling penting sekali kita menjaga amalan solat 5 waktu kerana solat itu tiang agama. Kekuatan umat islam baik muda/belia mahu pun tua adalah solat 5 waktu. Kekuatan seorang pemimpin adalah bagaimana beliau menjagai amalan solatnya. Wallahualam, Salam Maulidur Rasul












Saya adalah blogger bagi MalaysiaBackpackers.Com dan SifuBlog.Com . Kerana minat mendalam dalam blogging saya telah menghasilkan beberapa ebook. Selain dari blog saya juga adalah usahawan printing baju di PrintingBajuOnline.Com. Masa saya banyak dihabiskan untuk blog dan aktiviti kesukarelawan

Related Posts