Azam Oh Azam?

       

Siapakah Azam? Adakah nama anda Azam? Jika nama anda Azam , apakah azam anda tahun ini ? Seperti biasa bila setiap kali masuk tahun baru pasti ramai umat manusia memasang azam baru. Aku seperti biasa azam aku berdasar minat , keinginan dan impian aku. Selagi tidak tercapai apa yang aku ingin , ia tidak akan termasuk dalam azam aku. Selalunya azam aku adalah berdasarkan apa yang aku ingin kan dan akan berubah dari semasa ke sama seperti seorang Kapten kapal yang menentukan haluan kapal tengah lautan biru.

Tahun 2013 adalah tahun yang kegemilang walaupun kadang-kadang berada di atas kadang-kadang berada di bawah. Jika kita jatuh , kita bangun dan jangan mengharap orang akan membantu kita . Banyak perkara yang aku dah listkan benda yang aku nak capai tetapi tidak semua yang berjaya dalam sekelip mata tetapi aku berjaya melaksanakan. Bagi aku itu satu kepuasan kerana aku boleh aku dah buat dah laksanakan. Bila aku dah buat aku boleh cerita kepada semua orang aku dah laksanakan dah bukan mustahil untuk dibuat cuma berjaya atau tidak sekurang-kurangnya aku buat berbanding hanya orang yg cakap sahaja atau ada ilmu tentang sesuatu tetapi TAKUT untuk melakukan .

Jika dalam jabatann kerajaan, swasta atau sebarang organisasi ada PERANCANGAN STRATEGIK , tetapi kita ada tak perancagan strategik dalam diri kita dalam yang paling penting pernah kita MUHASABAH diri tentang perkara yang lalu. Untuk tahun 2013 aku akan teruskan perkara yang aku telah rancang pada tahun 2012 rahsia hehehe kerana aku akan kabarkan kepada semua apabila perkara itu boleh dikomersilkan dan memberi keputusan cemerlang dan aku pasti ia memberi manfaat kepada semua orang. Cuma aku teringin mencuba Larian FULL MARATHON 50KM , 10km sudah aku cuba dan berjaya bawah 1jam. Harap2 tahun ini nak masuk competition then berjaya habiskan , cukuplah sekali sehaja dalam hidup . Nampaknya kena fokus dan banyak latihan hehehe/

Dalam kegiatan belia dan kesukarelawan , aku sudah capai apa yang aku nak . Aku sudah puas kerana aku sudah melalui pelbagai peringkat dari bawah sampai ke atas cuma aku belum cuba potensi aku sebenar dalam memegang jawatan yang tinggi dalam belia sebab kenapa bagi aku kalau kita memegang jawatan tetapi tidak melaksanakan dengan bersunggu-sungguh nak buat apa. Aku tidak ada apa-apa kepentingan dalam belia , kerana aku suka dan rela. Namun hati aku lebih kepada kegiatan pengakap kerana kerja sukarelawan dan belia aku bermula dengan pengakap. "Once Scout Forever Scout'

Tahun ini aku juga berharap dapat lebih rajin untuk update 2 blog , banyak kisah-kisah aku backpackers tertunggak  dan yang terbaru adalah perlayaran aku selama 10 hari bersama KLD Tunas Samudera. Jika anda masih tidak tahu azam apa mulakan dengan "Short Term Goal' atau bahasa Melayu dia ialah perancangan pendek dari situ akan terhasil perancangan panjang, rasa mcm pelik bunyi dia heheh.  Tuliskan semua benda yang ada ingin tuju untuk tahun dan tampal di tempat yang anda sentiasa boleh lihat supaya anda fokus dan teringat selalu. Jangan berlengah lagi , tulis dan laksanakan sekarang.

Hidup tanpa impian adalah sia-sia.

Powered by Blogger.