Sunday, August 19, 2012

Halal food in Vietnam

Restoran Halal di Ho Chi Minh City, Vietnam


Di Bandar Ho Chi Minh, agak mudah untuk mencari makanan halal kerana komuniti penduduk yang beragama Islam agak ramai di sini. Ini dapat dilihat dengan kehadiran masjid-masjid yang banyak di bina di sekitar bandar ini. Restoran Bombay ini terletak di 59 Dong Du, District 1 dan betul-betul berhadapan dengan pintu masuk Hotel Sheraton Saigon.


Ini pula sebuah kedai yang terletak di Food Court di dalam Bangunan Parkson. Ianya terletak di sebelah Hotel Asian di mana tempat kami menginap iaitu di Dong Khoi Street.


Ini pula Restoran Four Season. Resoran ini menghidangkan masakan Malaysia dan ianya agak popular kerana pernah muncul di dalam Rancangan Jalan-Jalan Cari Makan. Ianya terletak di Thi Sach Street, District 1. Ia juga terletak berhampiran Hotel Sheraton Saigon tetapi kena berjalan agak jauh sedikit.


Ini pula restoran kegemaran kami. Walaupun terletak agak jauh di District 10, tetapi agak berbaloi pergi ke sana kerana makanannya agak murah. Ia juga menghidangkan menu makanan Malaysia. Kalau datang ke sini, jangan lupa memesan segelas Kopi Vietnam. Pasti anda tidak dapat lupakan keenakaan rasanya. Untuk Maklumat lanjut http://restaurant-shamsudin.com.vn/

Contributor: Khairul

Saya adalah blogger bagi MalaysiaBackpackers.Com dan SifuBlog.Com . Kerana minat mendalam dalam blogging saya telah menghasilkan beberapa ebook. Selain dari blog saya juga adalah usahawan printing baju di PrintingBajuOnline.Com. Masa saya banyak dihabiskan untuk blog dan aktiviti kesukarelawan

Related Posts