Wednesday, August 22, 2012

Cerita Masyarakat di Hari Raya ke2 : Extended version dari FB

Cerita Masyarakat di Hari Raya ke2 :






1. Yang Muda tidak selamanya muda , tetap akan tua. Apabila sampai masanya tetap akan mati , yang tinggal hanya lah amalan semasa di dunia.

2. Cerita tentang penyakit adalah topik utama dibualkan oleh golongan berumur. Jagalah kesihatan semasa muda supaya apabila dah masuk kumpulan veteran boleh mengaku saya sihat dan boleh berlari Full Marathon. Kalau penyakit disebabkan keturunan jagalah kesihatan semasa masih muda

3. Doktor sendiri pun tak nak anak dia jadi doktor , so biarkanlah anak yg decide dan tentukan hidup mereka .

4. Topik poligami topik feveret org lelaki, kalau lelaki tak minat kawin lebih bukan normal. Ttp ckp2 poligami hanyalah guraun shj. Yg diam2 itu yg bahaya hehehe

5. Orang Melayu perlu ada minda usahawan dari mak bapak hingga ke cucu supaya harta yang diwarisi atau harta peninggalan boleh berkembang maju. Jika tidak hilang begitu sahaja, tergadai kpd orang lain dan kalau ada pun terbiar begitu sahaja dengan semak samun. Kesian rumah dan tanah kat kampung, anak2 semua dah duduk kat bandar

6. Belia kampung kena ubah mindset bahawa duduk kampung pun boleh kaya. Banyak peluang utk buat duit sebenarnya kat kg dan jgn asyik pikir susah jer. Nak berjaya kenalah susah dulu!

7. Nenek aku bertanya "sudah ada kawan?" Aku dengan penuh yakin jawap ada. " kalau takde kawan , cari lah kawan nanti senang boleh jg makan minum ko , pakaian ko , takyahlah mengharap pada emak. Ko jgn jd mcm pakcik ko! Aku terfikir sejenak dulu2 ada ker istilah teman wanita? gf ? atau kekasih? atau sekadar hubungan kawan sahaja

8. Masalah lambat khawin itu biasa. Ramai juga gadis2 yang belum berkahwin lagi yg seusia dgn aku atau lebih. So aku nak risau apa, (sebenarnya risau gak hahaha)

Saya adalah blogger bagi MalaysiaBackpackers.Com dan SifuBlog.Com . Kerana minat mendalam dalam blogging saya telah menghasilkan beberapa ebook. Selain dari blog saya juga adalah usahawan printing baju di PrintingBajuOnline.Com. Masa saya banyak dihabiskan untuk blog dan aktiviti kesukarelawan

Related Posts