Tuesday, April 10, 2012

Bila nak upload ni hishhhh!

Kadang-kadang rasa diri ini tidak mampu laksanakan pelbagai perkara kerana masa hanya ada 24 jam sehari . Rasa tidak cukup sekali. kadang-kadang tertanya apakah aku tidak pandai menguruskan masa dengan baik atau pun tidak tahu meletak di mana 'priority' yang sepatutnya. Kalau boleh semua benda aku nak buat dan khabarkan pada semua rakan sekalian alam. Cerita penuh aku di Kota Pariaman dan Bukit Tinggi belum lagi diupload walaupun sudah di war-warkan . Macam best jer sebab dah buat priview hehehe. Cerita aku pergi 'solo backpackers' dari Miri - Brunei - Labuan bulan lepas pun masih belum berkesempatan untuk aku buat kerana aku sedang fokus untuk menyiapkan buku pertama aku tentang dunia backpackers. Judul masih belum ditetapkan , jika anda ada tajuk yang sesuai sila komen pada post ini. Jika cantek saya akan gunakan tajuk anda pada buku saya. Harap-harap dapat disiapkan pada bulan 5. Selama 7 hari saya trip saya dari Miri - Brunei - Labuan atau saya panggil adalah Borneo trip boleh saya simpulkan adalah untuk melihat suasana sebenar kawasan dan bandar di 3 tempat tersebut. Hakikat ini Miri adalah kawasan yang terkenal dengan keadaan flora dan fauna tetapi kurangnya promosi oleh kerajaan tempatan. Bandar Brunei terutama Bandar Seri Bagawan adalah umpama bandar yang tenang dengan rumah banglow dan kereta mewah. Umpama macam balik kampung yang sudah maju  dan dari Brunei saya nak Feri ke Labuan, suasana yang mengasyikkan di atas kapal feri dengan dilambung ombak dan mengembalikan nostalgia saya dalam program SSEAYP 2010.

Cerita kawan : semua manusia sama sahaja tidak kira orang Indonesia ker, Brunei bahkan orang Filipina, yang membezakan hanya agama dan budaya. Masing-masing mempunyai hati dan perasaaan , lelaki dengan cari lelakinya dan perempuan dengan cari perempuannya tetapi pada akhirnya lelaki dan perempuan adalah saling melengkapi di antara satu sama lain.  Yang penting dalam persahabatan kita boleh siapa yang ikhlas dan bersungguh-sungguh dengan kita. Bersungguh-sungguh dalam erti sentiasa rasa setiap org itu penting tanpa mengharapkan layanan vip.

Minggu  lepas saya berada di Pasir Gudang untuk Kejohanan KPT - UiTM Cabaran Orienteering 1 Malaysia yang bermula hari jumaat 6 april petang hingga ke ahad. Pelbagai acara diaadakan seperti sudah acara utama ialah orienteering , forum 1 Malaysia , Majlis Makan Malam dan juga gotong royong pelajar universiti dan juga penduduk sekitar pasir gudang.





Syabas kepada pelajar UiTM Shah Alam kerana berjaya menjadi Johan Keseluruhan dalam pertandingan kali ini.

p/s : 1 Malaysia adalah konsep perpaduan dalam kepelbagaian berdasarkan kerangka perlembagaan Malaysia. Namun begitu adakaah kita telah melaksanakan sendiri seperti mengenali bangsa lain? Tepuk dada tanya minda.

Saya adalah blogger bagi MalaysiaBackpackers.Com dan SifuBlog.Com . Kerana minat mendalam dalam blogging saya telah menghasilkan beberapa ebook. Selain dari blog saya juga adalah usahawan printing baju di PrintingBajuOnline.Com. Masa saya banyak dihabiskan untuk blog dan aktiviti kesukarelawan

Related Posts