Lingkuplah : Kerajaan asyik suapkan mereka

Apakah dgn memberi makanan dan minuman dpt mengubah hidup golongan gelandangan di KL. Kita perlu perancangan yg progresif berasaskan kemahiran dan ilmu utk mengubah lanskap kehidupan mereka ke arah lebih baik. Suap tanpa ilmu hanya sia2 shj.  Kenapa saya berkata begitu ? Kerana kebelakangan ini terdapat  pelbagai NGO , badan kerajaan dan badan politik yang bermurah hati untuk memberi mereka makanan dan minuman tetapi sampai bila ? Selagi ada budget ker ?Media banyak paparkan tetang perkara ini. Saya bukan tidak setuju tetapi langkah ini perlu tersusun dan diperkemaskan lagi  demi kelansungan kehidupuan golongan gelandangan ini. Apa yang dilakukan sekarang ini adalah untuk jangka masa pendek dan bukan untuk jangka masa panjang. Takut-takut mereka akan kembali bergelandangan kerana makan , minuman dan bantal disediakan percuma. Oleh itu satu langkah tersusun perlu dilakukan oleh kerajaan atau badan2 kerajaan yang terlibat untuk jangka masa panjang kerana 80% yang bergelandangan adalah orang Melayu. Malang sekali bangsa Melayu merempat di negara sendiri .

Perkara yang perlu ditekan dalam perancangan ini adalah berasaskan kemahiran dan ilmu. Dengan kemahiran dan ilmu ini boleh membantu mereka untuk survive kehidupan di kuala lumpur. Setakat ini    Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) telah mengambil langkah proaktif mendaftarkan 325 orang gelandangan di Anjung Singgah sehingga Oktober lepas.
Jika dilihat, gelandangan lelaki mempunyai kesihatan yang baik dan boleh bekerja namun kebanyakan mereka mempunyai masalah tersendiri. Antaranya disisihkan keluarga, melakukan jenayah, takut tidak diterima masyarakat dan malas. Ada juga penjenayah yang cuba kembali ke pangkal jalan, namun sukar diterima menyebabkan mereka menyendiri dan menjadi gelandangan. -   Pengerusi Jawatankuasa Projek Khas Anjung Singgah, Toh Puan Sri Wan Hibatul Hidayah Wan Ismail,
Golongan warga emas berumur 60 tahun ke atas diberikan perlindungan di Rumah Seri Kenangan, manakala pengemis dan kutu rayau ditempatkan di Desa Bina Diri. “Kedua-dua golongan ini akan menjalani pemulihan dan latihan kerjaya bagi tempoh tidak melebihi tiga tahun seperti latihan vokasional, pertanian, kraf tangan, bimbingan agama dan juga rekreasi antara langkah yang telah di ambil oleh Kementerian tersebut. Dengan adanya skil-skil tersebut sedikit sebanyak dapat membantu mereka untuk mencari sumber pendapatan tanpa mengharap sumbangan orang lain.

Semoga usaha kerajaan ini dapat membantu kelansungan dalam kehidupan mereka di Kuala Lumpur dan berharap NGO-NGO Melayu dapat melaksanakan sesuatu yang lebih berkesan dibantu oleh syarikat-syarikat melayu.






Sukarelawan Pertiwi memberi makanan dan minum kepada golongan gelandagan


 Klik info lanjut :Projek Bantal Kru 666


Mungkin kita boleh melatih mereka menjadi model seperti di atas :)

Yusuf Qardhawi (1980:25-34) mempunyai pandangan yang lebih keras. Bagi beliau, kemiskinan adalah satu hal yang sangat berbahaya terhadap individu, keluarga, bangsa, masyarakat, aqidah, kepercayaan, fikiran dan kebudayaan keseluruhnya. Kemiskinan baginya adalah merupakan masalah yang perlu diselesaikan, bahkan merupakan krisis yang merbahaya yang mesti diatasi dengan segera. - Sumber  Haris Fadzlah Mat Ali Presiden The RIGHTS




* Artikel yang menarik perlu dibaca : Melayu Merempat (Gelandangan) di Negara Sendiri
Powered by Blogger.