Wednesday, December 7, 2011

Transformasi


Sudah lama aku tak menulis meluahkan perasaan aku dalam blog ini, menulis firasat hati yang sudah terbuku dalam hati ini . Banyak perkara yang ingin diluahkan tetapi masa dan kesibukan sangat mencemburui aku. Terlalu banyak perkara ingin aku lakukan dalam satu masa tetapi apa kan daya aku hanya manusia yang kerdil dan tidak sempurna. Aku cuba lakukan apa yang termampu......emo pulak aku ni hehehe. Sebernya perkara yang dalam lama aku ingin tulis tentang perkara 'TRANFORMASI' yang dicedok dari perkataan Inggeris -Transformation. Sebenarnya sebelum perkataan itu dicipta , sejak zaman Rasullah lah sudah ada iaitu Hijrah. Iaitu penghijrahan Nabi Muhammad dari Kota Mekah ke Kota Madinah.  Hijrah itu -

Pada Bahasa : Perpindahan dari suatu tempat ke satu tempat

Segi Istilah : Perpindahan Rasulullah s.a.w. dan orang-orang Islam

dari Mekah ke Madinah
Dalam perhimpunan UMNO sendiri gendang telah dipalu dimana kerajaan dan ahli UMNO sendiri akan berhijrah demi kebaikan rakyat Malaysia . Tetapi adakah kita bersama untuk berhijrah untuk diri sendiri dan rakyat ? Itu yang menjadi kemusykilan pada diri saya apabila melihat suasana sekarang ini. Bila mengutarakan permasalahan rakyat terutama di kawasan kampung , aku cuba membuat perbandingan dengan Ayah aku sendiri. Ayah aku sering menceritakan kesusahannya semasa di bangku sekolah lagi. Kisah-kisah hidupnya sering diceritakan semasa makan bersama terutama makan malam. Dan selalunya dia akan ulang cerita yang sama tetapi aku terus dengar dan memberi perhatian. Bila dia menceritakan tentang kesusahannya , dia berkata dulu dia belajar dengar menggunakan lampu minyak tanah, lepas tu kalau dia dan uncle aku yang lain balik lepas Maghrib memang kena sebat, Betapa tegasnya datuk dan nenek aku, tetapi Ayah aku memang cekal kerana dari rumah ke sekolah memang jauh. Cuba bayangkan dari Kampung Ijok ker Kuala Selangor menaiki basikal , so setiap pagi terpaksa bangun awal pagi untuk ke sekolah dan balik petang . So bila buat perbandingan dahulu dan sekarang , adakah makin teruk ? apa yang tak kena dengan kawasan luar bandar? Adakah semua kawasan luar bandar itu teruk sehingga tiada hubungan lansung seperti Sabah dan Sarawak sehingga memerlukan sampan atau bot utk kesekolah? Ayah aku last sekali bagi conclusion semuanya bergantung pada attitude ! Jika bapak aku mampu melakukan sehingga dapat biasiswa belajar ke oversea kenapa orang lain tidak mampu lakukan. Ada lagi satu perkara Ayah aku bilang , dia dapat offer untuk melanjutkan ke MCKK, semua tahukan apa itu MCKK (Malay College Kuala Kangsar) tetapi Ayah aku tidak pergi kerana tidak mampu ketika itu. Sekarang ini kita tanya diri sendiri apa yang perlu ditranformasi ?

Cakap senanglah ! Tetapi sudah kan anda mencuba membuat sesuatu perubahan




Saya adalah blogger bagi MalaysiaBackpackers.Com dan SifuBlog.Com . Kerana minat mendalam dalam blogging saya telah menghasilkan beberapa ebook. Selain dari blog saya juga adalah usahawan printing baju di PrintingBajuOnline.Com. Masa saya banyak dihabiskan untuk blog dan aktiviti kesukarelawan

Related Posts

0 Your comments:

Speak Your Mind And Heart