Thursday, December 15, 2011

Lingkuplah freelance


If my background is International Business nothing related with IT on computing , so can register my  own IT company ? Can I have IT company ? So macam mana tu ? Pelbagai soalan dalam minda jika akta ini dikuatkasakan . How about freelance yang berkebolehan sometimes better than yg ada cert yang nak buat invent sesuatu dan nak mohon grant? Bila cakap tiada sijil then kena reject ? Benda ini akan berlaku bila akta ini akan dikuasakan kerana sekarang ini terdapat perlbagai fund untuk industri multimedia ini seperti CRADLE dan lain-lain lagi. Cuba kita amik contoh founder Windows , Facebook dan Apple they dont have cert but they are very expert in their own field.  Fran kingly speaking tak perlu lah akta yg mengekang kretiviti  mereka. Aku berharap jika akta ini bakal berkuatkuasa tidak menjejaskan freelance dan yang bukan dari background IT dan multimedia.  Apa pendapat anda? 


Assalamualaikum dan salam sejahtera, dengan dunia teknologi maklumat dan komunikasi yang bergerak pantas di Malaysia hari ini, kerajaan Malaysia melalui MOSTI telah bertindak dengan menubuhkan akta baharu yang lebih memfokuskan kepada konsep professionalisme IT yang dinamakan sebagai Akta Badan Pengkomputeran Professional (CPB) 2011. Menariknya, dengan penggubalan akta ini, ianya secara langsung meletakkan dunia teknologi maklumat setaraf dengan bidang-bidang lain yang mempunyai badan professionalisme mereka sendiri seperti perundangan, kewangan, doktor dan lain-lain golongan pekerjaan professional di Malaysia.
Walaupun penubuhan akta ini melalui MOSTI masih belum disuarakan di sidang parlimen, beberapa isu sudah mula kedengaran antaranya termasuklah kebimbangan sesetengah pihak bahawa perlunya segulung Ijazah bagi mencari sesuap nasi dalam bidang IT ini.
Sedikit pandangan pertama dari draft yang tersebar di Internet, CPB 2011 boleh diringkaskan sebagai sebuah akta yang digubal untuk mendaftarkan pelatih sektor pengkomputeran, pakar teknologi maklumat, industri empunya tunggal serta badan dan rakan kongsi dibawah perkhidmatan pengkomputeran. CPB 2011 juga akan dikenali sebagai Akta Pengkomputeran Professional atau Computing Professional Act 2011
Selain itu, dalam usaha untuk menjadikan industri IT di Malaysia sebaris dengan jawatan professional lain di Malaysia, beberapa bahagian dibawah akta CPB 2011 turut diperkenalkan didalam draft, antaranya termasuklah:
  • Prosedur dan Rangka Kerja “Badan”
  • Prosedur dan Pendaftaran Pelatih Pengkomputeran, Perkhidmatan Komputeran, dan Professional
  • Konsep Tatatertib dan Disiplin “Badan”
  • Tindakan Umum (“Badan”?)
  • Kewangan (“Badan”?)
Disebabkan akta badan pengkomputeran professional ini merupakan sesuatu yang baharu, ramai yang beranggapan bahawa akta ini mungkin melumpuhkan idea MSC Malaysia dalam usaha untuk memacu ICT kebangsaan. Namun sejauh manakah dakwaan dan anggapan tersebut?
Terlalu awal untuk berbicara mengenai isu ini dengan penuh emosi. Oleh yang demikian, satu edaran telah dikeluarkan oleh Bahagian Dasar ICT, MOSTI bagi menjawab persoalan dan spekulasi kebanyakan pihak terhadap akta ini. Bahagian Dasar ICT, MOSTI melalui surat tersebut menjemput orang ramai yang berkesempatan untuk ke Hari Terbuka MOSTI di Putrajaya pada 13 Disember 2011 ini.
Entri di blog ini akan dikemaskini semula sebaik saya mendapatkan maklumat dan pandangan yang lebih jelas mengenai isu ini. Ini dilakukan bagi mengelakkan false info. Walaubagaimanapun, di bawah merupakan beberapa topik menarik yang saya kongsikan kepada pembaca mengenai CPB2011 ini.

Spekulasi dan Persoalan CBP2011

  1. Adakah akan wujud title bagi mereka yang bekerja dalam professional IT seperti Dr atau Ir?
  2. Apakah yang akan berlaku kepada infrastruktur IT kebangsaan bila konsep ini dikeluarkan?
  3. Adakah akta ini akan mewajibkan pendidikan tertiary dan memperoleh kelayakan tertinggi sebelum boleh bekerja?
  4. Adakah akta ini sekadar ura-ura sahaja politik sahaja?
  5. Adakah pakar-pakar OSS, Rangkaian dan Pengaturcaraan yang tak habis belajar atau tak berpeluang menyambung pelajaran akan diabaikan sahaja?
  6. Tanpa pendaftaran, adakah saya tak boleh mengembangkan idea, jadi apakah pula kesan seperti startup ICT?
  7. Akta ini menyekat kreativiti dan inovasi?
  8. Adakah akta ini salah satu polemik untuk mengaut keuntungan atau pilihan raya? Huh?

Kesan yang dijangka dari CBP2011?

  1. Tiada lagi freelance untuk komuniti.
  2. Individu yang tiada kelayakan atau kelulusan dalam bidang IT akan dipinggirkan.
  3. Meletakkan mereka yang belajar/kerja di sektor Computer Science dan IT setaraf dengan bidang-bidang professional lain.
  4. Mewajibkan pendaftaran dan segala prosedur bagi seseorang yang mempunyai kelulusan berkaitan sebelum bergiat dalam dunia IT.
Itu antara hasil carian yang saya temui di Twitter. Kita tunggu dan lihat penerangan pada 13 Disember kelak. Pendapat saya, akta ini ada positif dan negatifnya.
Akta Badan Pengkomputeran Professional CPB 2011 – Bahagian 1 Tamat (Jumaat, 09/12/11)

Ringkasan Siaran Media

Setelah beberapa hari isu ini tersebar di Internet dan pelbagai spekulasi dan andaian dikeluarkan, MOSTI melalui satu siaran media, telah mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai isu ini.
Berikut merupakan ringkasan yang dapat difahami melalui satu siaran media yang dikeluarkan oleh MOSTI.
  1. Akta Badan Pengkomputeran Professional mewajibkan pendaftaran kepada mereka yang terlibat dalam Infrastruktur Maklumat Komputer Kebangsaan atau CNII.
  2. CPB2011 ini memerlukan mereka yang terlibat dengan CNII untuk mewajibkan pendaftaran kerana mereka secara langsung bertanggungjawab dalam menguruskan fungsi, aset dan maklumat yang menjadi tunjang kepada transformasi negara
  3. Siapakah mereka yang dimaksudkan? Mereka yang terlibat dalam CNII adalah mereka yang telah dimaklumkan Chief Government Security Office atau CGSO.
  4. Pendaftaran untuk CPB2011 bukan sahaja dipertimbangkan untuk mereka yang berkelulusan dalam bidang pengkomputeran (Infosys, CS, etc) tetapi juga dari bidang perkomputeran yang lebih spesifik
Selain itu MOSTI juga turut menerangkan mengapa Akta Badan Pengkomputeran Professional ini penting, dan dibawah ini adalah maklumat yang saya perolehi:
  1. Menaik taraf pengiktirafan mutu para pekerja yang berkhidmat di sektor pengkomputeran kerana pendaftaran individu mewajibkan seseorang itu mempunyai kelayakan minimum dan pengalaman di sektor pengkomputeran.
  2. Menaik taraf piawai professional dengan memelihara kod dan etika professional.
  3. Memastikan jaminan kualiti seseorang individu yang bekerja dengan sektor pengkomputeran professional.
  4. Menaik taraf sokongan dan kuantiti mereka yang mempunyai kelayakan dalam bidang pengkomputeran di Malaysia khususnya bagi membantu kerajaan dalam merealisasikan model ekonomi baru (NEM) dan menuju kearah negara berpendapatan tinggi.
  5. CBP2011 akan menjadi suatu piawai bersepadu untuk pakar komputeran professional di Malaysia
Turut sama, CBP 2011 dijangka dapat membantu memastikan perkhidmatan pengkomputeran yang disediakan oleh CBP2011 / BCMP 2011 supaya lebih diiktiraf dan berkelas global.
Apa yang dapat disimpulkan disini, CBP2011 mungkin dapat dilihat membawa perubahan besar dalam sektor pengkomputeran awam khususnya dalam meningkatkan mutu infrastruktur teknologi maklumat kebangsaan. Last but not least, Harapan saya sebagai seorang rakyat Malaysia, agar dengan kewujudan CBP2011 yang dijangka menjadi kayu pengukur dan pengiktirafan kelulusan terhadap individu yang berdaftar dengannya, Malaysia ICT infrastrucutre will be embark to the whole new level.
Sumber : Omar.my



Saya adalah blogger bagi MalaysiaBackpackers.Com dan SifuBlog.Com . Kerana minat mendalam dalam blogging saya telah menghasilkan beberapa ebook. Selain dari blog saya juga adalah usahawan printing baju di PrintingBajuOnline.Com. Masa saya banyak dihabiskan untuk blog dan aktiviti kesukarelawan

Related Posts

0 Your comments:

Speak Your Mind And Heart