Lawak ker ??

Uji bakat Raja Lawak 6 teleh berlansung di SACC Mall pada minggu lepas hari Ahad. Kedatanagn aku ke SACC Mall Shah Alam sebenarnya hendak berjumpa BRO Framestone dan Abgensem alaaa Blogger famous di Malaya , rupanya ada uji bakat Raja Lawak , sedar bila turun bawah ke ground hall terlihat lautan manusia yang memenuhi segenap ruang dengan muka yang pelik , baju yang bernombor, pakaian yang pelbagai warna dan rambut pelbagai bentuk. Aku ingat ada pertandingan menyanyi ker , rupa-rupanya pertandingan Raja Lawak 6 rancangan yang terkenal di Malaysia . Sekarang ini tengah berlansung Maharaja Lawak Mega antara 3 buah negara, Malaysia , Singapura dan Indonesia. 

Ada perserta yang berkali-kali pergi audtion tapi aku suka dengan soalan, ahli panel juri Uji Bakat Raja Lawak 6 , Bob Azrai terhadap 20 calon , iaitu " Di antara ramai-ramai , siapakan yang dah buat persediaan? Yang angkat tangan 3 orang jer , itu pun takut2 nak angkat. So di situ kita boleh buat conlusion bahawa mereka yang datang audition hanya suka2 jer tak serious lansung setakat persembahan tangkap muat dan lebih teruk jika tak kelakar hahhahah kelakar tak hahhahaha. Kesian Untie Rusly kena tekan loceng awal-awal lagi jika persembahan membosankan dan hambar. Tapi aku respect lah 2 kumpulan peserta yang buat aku gelak yang sempat aku lihat walaupun aku letih tetapi anda berjaya menghiburkan aku .Semoga berjaya !






Powered by Blogger.