Bagaimana memilih 'backpack' yang sesuai


Seperti yang anda tahu sebenarnya terdapat perbezaan antara ‘haversack’ dan ‘backpack’. Mengikut website wisegeek.com haversack adalah seperti beg askar ketika zaman dahulu berperang. Evolusi dan pembaharuan akhirnya menjadi backpack di mana kuantiti untuk membawa sesuatu keperluan lebih banyak dan saiznya juga besar. Bentuk backpack juga canggih sesuai dengan berat dan ketinggian badan. Jika anda seriuos untuk memasuki ke dunia ‘outdoor’ dan ‘backpackers’ maka sudah sampai masanya anda membeli beg yang sesuai kerana anda kemungkinan selepas ini bukan satu tapi mungkin dua atau lebih.
Ramai bertanya backpack apa yang sesuai? Sebelum membeli kita harus mengambil pelbagai aspek seperti berapa liter 45 liter , 75 liter (kemampuan untuk mengisi dalam beg) atau berapa hari beg itu digunakan , dan aspek muka bumi dan juga mengikut jantina dan budget anda . Lelaki dan perempuan juga mempunyai backpack berbeza kerana dari segi bentuk badan lelaki juga berbeza. Perempuan biasanya lebih kecil dan bentuknya agak slim berbanding lelaki. Oleh 5 aspek itu perlu diambil kira selain dari budget. Mungkin agak mahal tetapi berbaloi kerana tahan lama. Saya sukar untuk mengatakan backpack brand mana yang terbaik kerana setiap brand ada keunikan dan kelebihan seperti memilih wanita idaman pulak hehhehee. Walaubagaimana pun keputusan terakhir ada berdasarkan kewangan anda. Barang yang baik tidak semestinya murah bila kita bercakap tentang ‘backpack’.

Bila anda sudah melihat 4 aspek barulah ada boleh lihat pada kualiti dan kesesuaian pada tubuh badan anda. Di sini ada harus lihat pada rangka beg dan sistem padding pada belakang beg. Sistem padding yang baik akan membuat anda rasa ringan dan selasa untuk mengangkat walaupun beg itu berat giler. Anda juga mampu mengangkat beg untuk jangka masa yang lama tanpa ada masalah sakit-sakit bahu dan tulang belakang. Jangan beli beg tiruan !! Ia akan mengakibatkan bahu dan tulang belakang anda sakit. Untuk maklumat lanjut sila refer http://www.abc-of-hiking.com/hiking-backpacks/backpack-buying-guide.asp

Belilah yang original !!

Powered by Blogger.